SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Apabila berlaku konflik rumah tangga, sama ada suami atau isteri cenderung untuk keluar seketika daripada masalah itu bagi mencari ketenangan. Begitu juga dengan seorang wanita ini apabila dia berhadapan dengan krisis bersama suami sehingga cuba untuk 'menghilangkan' diri. Tidak pergi jauh, sebaliknya wanita berkenaan membawa diri di sekitar rumahnya. Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan "Aku pernah je lalui sampai tidur kat surau bawah rumah sebab tak tahu mana nak cari ketenangan berbanding pergi rumah famili dan cerita masalah rumah tangga "Selama ni rumah sendiri je paling selesa. Entah macam mana boleh fikir nak berada di surau seorang diri," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Sangka ada kejutan ‘anniversary’, rupanya pergi main takraw... Isteri makin kecewa suami balik tangan kosong - “Ingat ada kek sepotong” ARTIKEL BERKAITAN: 9 tahun kahwin, lain macam posting isteri di media sosial... Suami tertanya-tanya maksud gambar langit, lagu galau Tanpa mendedahkan isu mahupun masalah yang dihadapi bersama suami, si isteri bertindak keluar rumah bersendirian kerana belum dikurniakan cahaya mata. Bukan mahu lari daripada masalah, sebaliknya wanita itu memikirkan apakah kekurangan dan kelemahan diri. Pernah juga singgah surau, sebab fikiran dah serabut sangat... mengaji kat situ. WARGA MAYA "Pernah rasa jadi isteri yang banyak betul kekurangan," ujarnya. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana hubungan mereka masih kekal sebagai suami isteri dan masing-masing cuba memikirkan cara terbaik untuk menyelamatkan perkahwinan. Si isteri mencari ketenangan demi menyelamatkan rumah tangganya. -Gambar hiasan "Insya-Allah, masih diteruskan perjuangan kehidupan suami isteri," katanya lagi. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang dialaminya dan mendoakan agar diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi. "Pernah juga singgah surau, sebab fikiran dah serabut sangat. Mengaji kat situ. Tak ada orang, senyap sunyi. Tapi masa tu percaya sungguh Allah jaga. Padahal selama ni penakut. "Mana ada manusia yang sempurna. Jadi, awak sabar ye. Jangan putus asa. "Kadang-kadang bukan kita yang kurang, tapi kita sebagai isteri tak dapat peluang dihargai. Tak ada yang sempurna. Suamilah yang seharusnya menyempurnakan isteri dan menutup kekurangan yang ada pada isteri," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube