SEORANG wanita langsung tidak menyangka nama yang diberikan kepada anak perempuannya sebaik dilahirkan tujuh tahun lalu akan menimbulkan masalah apabila kanak-kanak itu bersekolah. Buntu memikirkan anaknya, Awan M** sering menangis kerana diejek rakan-rakan yang menganggap namanya pelik, dia meminta saranan kaedah terbaik supaya murid darjah 1 itu menerima keunikan namanya. Jelas wanita ini, nama penuh anaknya diberikan oleh suami selepas mengambil kira beberapa faktor selain menganggap ia unik. Seorang ibu menjelaskan tentang pemilihan nama anaknya. Tambahnya lagi, awan dilihat mempunyai pelbagai karektor seperti kelembutan, kesucian dan ketegasan serta keteduhan namun ada masanya boleh menjadi ribut. “Macam mana cara terbaik pujuk anak untuk suka pada namanya? Anak aku tujuh tahun, nama dia Awan. Bukan nama gelaran atau nama singkatan. “Sejak tadika masuk SK (sekolah kebangsaan) ni, dia banyak kali mengadu kawan ejek nama dan minta tukar nama lain. “Baru-baru ni dia menangis lagi minta tukar nama sebab diejek. Macam biasa saya pujuk beritahu nama dia tak sama dengan orang lain dan ramai ingat sebab di sekolah tu dia seorang nama Awan. Makin kuat menangis,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Kena Ejek, 'Malaysia' Tak Kisah ARTIKEL BERKAITAN: “Ayah tak ada idea” - Pemuda ‘Melayu pure’ dedah kisah di sebalik nama macam orang Jepun Menerusi ruangan komen, wanita ini juga memberitahu suaminya adalah seorang pengumpul komik Pedang Setiawan dan sukakan karakter Awan yang dipegang pelakon popular Hong Kong, Aaron Kwok. Tegasnya, dia yakin setiap ibu bapa akan memilih nama yang baik buat anak-anak begitu juga dengan dirinya dan suami. “Ibu bapa mesti dah fikir habis-habis untuk beri nama yang baik dengan maksud baik. “Sama dengan kami. Besar harapan kami nak anak-anak bangga dengan nama diaorang. Maksud nama diaorang power kot!” ujarnya. Sudahnya, Awan pun kena ejek juga. IBU Bagaimanapun katanya, dia agak kecewa apabila nama yang dipilih untuk anaknya menjadi bahan ejekan rakan. Malah, dia yang bernama Fatimah dan suami juga menjadi bahan ejekan rakan-rakan. “Tak best kena ejek ni. Saya dan suami antara golongan yang kena ejek nama juga. Jadi bila bagi nama anak ni kitaorang consider nama yang mungkin tak kena ejek. “Kalau ikutkan nama Awan ni saya nak letak Bushra Lana, iaitu Kegembiraan Kami. Tapi husband (suami) taknak nanti kena ejek 'bush bush'. Antara komen netizen. “Sudahnya, Awan pun kena ejek juga,” kata wanita ini. Perkongsiannya itu mendapat reaksi daripada pelayar lain yang mahu membantu anaknya berasa lebih selesa dengan nama yang diberi. “Saya pernah benci nama saya sebab tak sama dengan kawan-kawan di sekolah. Lebih lagi selalu kena ejek sebab nama bukan typical local. Tapi, saudara sulung bawa jumpa orang baik-baik, mereka kagum dengan nama saya siap puji. “Untuk saya, saya selalu ceritakan kisah di sebalik nama. Tapi, sedapnya nama anak perempuan awak. “Tujuh tahun adalah fasa bina jati diri dan bersosial. Boleh dah cuba bercakap dengan dia, nasihatkan untuk cari kawan yang dia selesa, cara untuk atasi konflik, bina keyakinan diri. Sejujurnya, cantik nama tu, dia perlu yakin. “Mungkin boleh cuba ajar dia selalu perkenalkan diri dengan bangga. Hai, Assalamualaikum nama saya Awan. Mungkin juga awak boleh ceritakan tentang awan yang cantik, tunjuk pada dia," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube