SEBAGAI manusia biasa kita tak pernah lekang menerima pelbagai ujian sama ada ringan atau dahsyat. Bagi seorang wanita yang tidak mendedahkan identiti ini, dia berdepan dugaan besar membabitkan maruah diri dan keluarga sebaik sahaja bergelar isteri selepas berkahwin pada 1 Januari lalu. Dalam hantaran di laman X, wanita yang sudah bergelar ibu ini berkongsi pengalaman melahirkan anak sulung dalam keadaan dia tidak bersedia daripada segi mental. “Saya kahwin pada 1 Januari dah melahirkan pada 4 September. Anak saya masa tu berusia 33 minggu, sihat sempurna. "Saya takut orang cakap zuriat saya adalah anak luar nikah," katanya memulakan cerita. Setiap wanita pasti akan berdepan ujian dalam tempoh kehamilan. -Gambar hiasan Kerana takut menjadi buah mulut orang, wanita berkenaan cuba mendapatkan kebenaran doktor supaya 'menyimpan' anaknya itu di hospital buat sementara waktu. Bagaimanapun permintaan itu ditolak atas faktor kesihatan dan keselamatan. "Doktor tak benarkan tahan di wad sebab anak saya tak ada masalah apa-apa. Kalau letak dekat hospital takut terjangkit penyakit lain. "Tapi doktor keluarkan surat untuk saya buat follow up. Dekat surat ada tulis bayi dilahirkan usia anggaran 32 hingga 33 minggu. Surat tu sengaja saya post dan pin dekat Instagram,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri bunting pelamin, suami gelabah fikir anak luar nikah! Rupanya masih tak cukup ‘ilmu’, tak tahu kira usia kehamilan ARTIKEL BERKAITAN: Tergamak suruh gugur kandungan! Wanita ini dipandang hina gara-gara bunting pelamin... Ramai tuduh hamil anak luar nikah Mengimbas kembali perjalanan kehamilannya, pengadu berkata dia mula menyedari sudah berbadan dua ketika membuat persiapan majlis bertandang di sebelah suami. "Sepanjang mengandung memang betul-betul rasa diuji. Perut besar tapi baby sebenarnya saiz kecil saja. Masa kandungan berusia empat bulan iaitu di majlis belah suami, perut dah timbul sebab pakai baju songket satin. "Mentua bagi cadangan suruh pakai selendang dan guna bunga besar untuk lindung, tapi gambar kahwin orang post semua nampak lagi jelas kelihatan mengandung. "Mentua dan keluarga sendiri banyak kali tanya betul ke tak terlanjur... padahal kami kahwin mengikut aturan keluarga sebab saya sudah berusia 29 tahun. Mentua dan keluarga sendiri banyak kali tanya betul ke tak terlanjur... padahal kami kahwin mengikut aturan keluarga. PENGADU “Saya dan suami cuma bersama sekali sahaja, iaitu pada malam perkahwinan. Itu pun lepas kami minum ramuan orang tua. Apabila perut makin besar, baru kami periksa dan doktor sahkan saya mengandung dua bulan,” jelasnya. Sebagai individu yang berkerjaya, dia juga tidak terlepas daripada menjadi buah mulut rakan sekerja gara-gara bunting pelamin. Namun, dia bersyukur kerana memiliki suami yang sangat prihatin dan tegas sepanjang proses kehamilan. Dua hari sebelum melahirkan, dia mula menunjukkan tanda-tanda bersalin apabila keluar ketulan hijau. Sokongan daripada suami dan orang terdekat amat penting sepanjang kehamilan. -Gambar hiasan Doktor mengesahkan itu adalah tanda awal bersalin dan dia sekali lagi menangis kerana takut orang memfitnah anaknya. "Jururawat tenangkan saya, katanya kalau baby nak keluar kena gembira... biarkan baby gembira dapat ibu bapa baik. Lagipun doktor tak ada rawatan yang boleh lambatkan ketuban pecah. "Saya sudah jauhkan diri daripada kawan-kawan yang belakangkan saya. Masa saya minta doakan nak bersalin, tak ada siapa pun bagi ucapan atau doa. "Lepas saya post surat doktor pasal lahir bayi pramatang baru mereka ucap tahniah dan bahasakan diri aunty," ujarnya mengakhiri cerita. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube