suria

Hidayah rahsia Allah, wanita T20 hidup bergelumang dosa berubah lepas kahwin... Hati tenang, temui bahagia bersama abang Grab

Ramai individu yang suka berhibur biasanya akan berubah selepas berumah tangga. -Gambar hiasan

DULU hidupnya terumbang-ambing dan suka berseronok, namun kini perjalanan wanita ini berubah 360 darjah apabila dia kembali kepada agama serta mentaati suami.

Menerusi perkongsian di X, wanita itu mengakui dia pernah terjerumus dengan najis dadah, malah hidupnya diselubungi dunia hiburan yang melalaikan.

"Sebelum kahwin, aku jenis bimbo, masuk bilik goyang, pergi kelab malam. Bukan nak menunjuk tapi aku memang keturunan berada, lebih daripada cukup.

A food delivery rider was seen holding the food wrapped with single use plastic bags at Pasar Moden Seksyen 6 in Shah Alam yesterday. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Lelaki berpendapatan rendah juga berhak untuk bahagia. -Gambar hiasan

"Keluarga aku memang semuanya berduit. Aku berumur 30 tahun, kerja jual kereta mewah. Suami pula berlawanan (nasib) dengan aku. Keluarga biasa, jaga solat, kerja full time Grab je.

"Tapi aku suka... dia baik, memang innocent. Suami pernah menangis sebab dia cakap tak mampu mewahkan aku. Dia ikhlas sangat," ujar wanita itu lagi.

Menurut wanita itu, keluarganya juga tidak menggalakkan perkahwinan itu kerana perbezaan status yang ketara, namun dia tetap menerima lelaki berkenaan seadanya.

Suami pernah menangis sebab dia cakap tak mampu mewahkan aku... dia ikhlas sangat.

ISTERI

Namun kata wanita itu, sebagai manusia biasa dia juga tidak lari daripada diuji apabila pernah menyesali dengan keputusannya itu.

Bagaimanapun dia akhirnya merasai kemanisan alam rumah tangga walaupun suaminya tidak mampu menabur kemewahan.

Dakwa wanita itu, suaminya juga tidak pernah mengambil kesempatan walaupun mengetahui tentang simpanannya yang mencecah RM3 juta.

"Awal kahwin ada terdetik menyesal. Suami pernah menangis sebab dia cakap tak mampu mewahkan aku. Dia ikhlas sangat. Suami aku bagi nafkah RM600 sebulan dan tempat tinggal walaupun rumah sewa je.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jelik tengok pelajar guna duit zakat, elaun Mara pergi clubbing - “Sedarlah kau tu miskin”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis 14 tahun mula hidup liar, bebas ‘diangkut’ lelaki... Jiran sedih ibu bapa langsung tak kisah! - “Budak tu datang rumah kami menangis”

"Aku ada kondo di Mont Kiara. Tapi dia nak aku tinggal dengan dia sebab dia nak bertanggungjawab. Simpanan aku lebih RM3 juta tapi dia tak pernah sentuh.

"Aku pernah tengok baki akaun dia RM7. Tapi apabila dengan aku, dia senyum, dia belai aku, layan aku dan belikan nasi ayam penyet lagi. Aku tahu dia pinjam duit kawan untuk belikan aku nasi," ujarnya lagi.

Menurut wanita itu, dia juga sudah meninggalkan kehidupan lamanya yang penuh dengan dosa dan kini hidup tenang bersama suami serta dua cahaya mata.

Children looking for porn sites on tablet.

Kehadiran cahaya mata boleh mengubah sikap ibu bapa. -Gambar hiasan

"Dulu aku suka enjoy ambil dadah dekat private party, tak jaga mahram. Tapi masih tahu batas. Lama-lama aku mula berubah, pakai tudung, mula solat.

"Aku gembira dengan kehidupan aku sekarang, dah ada dua anak... dua-dua ikut muka ayah, ayah dia kacak.

"Kepada wanita di luar sana, percayalah suatu hari nanti akan ada lelaki yang boleh jaga anda," katanya lagi sebagai pengajaran dan iktibar untuk semua.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain