ORANG dewasa yang sentiasa 'melekat' dengan telefon bimbit sehingga mengabaikan tanggungjawab perlu mengubah sikap mereka sebelum keadaan menjadi parah. Perkongsian seorang isteri tentang suaminya yang menjadikan 'handphone' sebagai teman setia mencuri perhatian ramai. Menurut wanita ini, disebabkan sikap suami dia sering makan hati kerana tidak mendapat perhatian dan apa yang lebih menyedihkan dua anak mereka turut diabaikan. Isteri kecewa dengan sikap suami yang mengutamakan telefon bimbit. -Gambar hiasan “Laki (suami) aku je ke yang asyik dengan telefon siang malam. Balik kerja pun tengok telefon. Waktu makan buka telefon tengok 'movie'. “Anak dua orang ni sejam je dia luangkan masa. Pergi kerja awal, balik kerja Maghrib. Anak jam 9 malam dah masuk tidur. “Ada dua jam je dengan anak-anak tapi dia tak manfaatkan masa yang ada. Aku harap dia bacalah isi hati aku ni,” katanya hampa. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita penat bela ‘biawak hidup’, suami goyang kaki habiskan duit niaga nasi lemak... Nak beli rokok pun minta isteri! ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rindu sikap di awal perkahwinan, suami malas layan luahan hati isteri... Anggap terbawa-bawa adegan drama Tambah wanita ini, dia sudah cuba menegur suaminya yang dilihat sering leka dengan telefon bimbit namun tidak diendahkan. “Cakap depan-depan sekejap je jalan (berubah), lepas tu main telefon balik. Tapi itulah lelaki. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan," katanya. Perkongsian ringkas ini mencuri perhatian ramai wanita yang mengaku berdepan masalah sama dengannya. Tahniah! Dijamin 100 peratus suami anda lelaki. NETIZEN Ada juga yang mencadangkan cara teguran yang berhasil untuk menyedarkan suami. “Kalau suami teruskan begitu dia akan rasa sangat rugi dan menyesal di masa akan datang, tak dapat betul-betul masa dengan anak waktu kecil. Saya dah rasa sebab PJJ (perhubungan jarak jauh) dengan isteri. “Nasihat suami baik-baik, lepas solat sama-sama. Masa salam suami, terus cakap elok-elok dengan dia dan nangis terus. Memang cair nanti. Suami perlu tahu tanggungjawabnya. -Gambar hiasan “Cakap je depan dia, anak-anak nanti abah dah tua letak je di rumah orang tua-tua. Masa muda dia bukan nak luangkan masa dengan korang, sibuk dengan telefon bimbit. “Tenang, anda tidak sendirian, Kadang malas nak tegur dah lantak dialah nak hadap telefon bimbit tu. Telan terus lagi baik. “Awak buka telefon lepas tu cari tentang keibu bapaan. Tentang ruginya tak luang masa dengan anak-anak semasa mereka kecil. Awak jumpa je post tu, awak kuatkan volume telefon sampai dia dengar. “Telefon ni ibarat ketagihan moden. Lain macam ketagihnya. Saya tak kata pada orang lain, diri sendiri pun kalau pegang telefon tak jalan kerja. “Tahniah! Dijamin 100 peratus suami anda lelaki,” antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube