suria

Wanita menyampah terpaksa tengok pasangan terlebih manja dalam LRT, berpeluk erat tanpa malu - “Kau rasa aku berminat ke?”

Elak melakukan perbuatan intim di khalayak ramai. -Gambar hiasan

PELBAGAI ragam masyarakat dapat diperhatikan ketika menaiki pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT).

Terutamanya ketika waktu puncak di mana orang ramai berpusu-pusu memenuhi ruang koc yang terhad sehingga menyebabkan keadaan menjadi padat.

Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita menceritakan momen menjengkelkan yang dilaluinya ketika menaiki LRT untuk pulang dari tempat kerja.

Sikap toleransi diperlukan ketika menggunakan pengangkutan awam. -Gambar hiasan

Menurutnya, dia berasa meluat apabila memerhatikan gelagat pasangan lelaki dan wanita yang digambarkan sebagai syok sendiri.

"Hari ni aku balik kerja naik LRT, macam biasa aku gerak sekitar pukul 6 petang begitu, jadi gerabak memang agak 'sardin' la kan.

"Kemudian ada satu pasangan yang agak tua ni, umur mereka mungkin sekitar 40-an. Aku cakap tua sebab perwatakan dan penampilan mereka menampakkan usia sebegitu, walaupun umur mereka baru pertengahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Makcik selekeh terkocoh-kocoh naik LRT, minta tunjuk arah! Wanita geram, punyalah ramai penumpang tiada siapa sudi bantu

ARTIKEL BERKAITAN: Suami lebihkan adik, setiap bulan bayar ansuran kereta dan beri duit belanja... Isteri hamil dibiar berhimpit naik LRT pergi kerja

"Yang perempuan tu kalau sekilas pandang, mungkin boleh jadi warganegara Indonesia berdasarkan pemakaiannya.

"Nak dijadikan kisah, pasangan ni berdiri di tepi pintu LRT dan mereka boleh pula buat adegan romantis. Makcik tu pergi peluk lelaki dia seakan-akan melindungi daripada orang ramai dalam LRT tu," imbas wanita tersebut.

Tambah pengadu, tindak tanduk wanita berkenaan seolah-olah risau sekiranya ada penumpang di dalam LRT yang cuba menggoda buah hatinya.

Saya faham pendapat awak tu, saya juga selalu terdetik rasa menyampah dalam hati dengan perempuan insecure sebegini.

WARGA MAYA

"Mata makcik tu tajam memandang penumpang di sekelilingnya termasuk aku dan beberapa perempuan lain di dalam LRT. Aku ni dah la tengah penat baru balik dari pejabat, kemudian nampak pula perangai sebegini.

"Sedar la makcik, lelaki kau tu rupa pun tiada, duit kering, sekali dengan pakej bau badan lagi. Kau rasa aku berminat ke? Daripada aku terkejar-kejar dekat lelaki kau, baik aku hadap lelaki aku je.

"Bukan kami sengaja nak berdiri rapat dengan lelaki kau tu, tapi disebabkan keadaan LRT memang tengah sempit," kata wanita terbabit berseloroh.

Pelayar bertukar pandangan.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya menasihati wanita itu supaya tidak terlalu cepat bersangka buruk.

"Tak baik cakap begitu, mungkin akak tu risau suami dia tersentuh dengan perempuan bukan mahram, itu pun boleh jadi sumber dosa. Aku sebagai lelaki, aku juga akan buat perkara sama untuk isteri aku kalau di tempat ramai orang.

"Lancangnya mulut awak bercakap buruk tentang suami orang sampai tahap menghina paras rupa, apa perasaan awak kalau orang lain cakap benda sama dekat suami awak?

"Saya faham pendapat awak tu, saya juga selalu terdetik rasa menyampah dalam hati dengan perempuan insecure sebegini," demikian kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain