TERKENAL sebagai pasangan romantik dan sering memakai baju raya bertemakan kartun popular, ramai yang terkejut apabila usahawan kosmetik dikenali sebagai Kakak Hello Kitty mengumumkan perpisahannya dengan suami pada 15 Mei lalu. Namun jodoh Yus Amina Mohd Zawizah, 34, dan suami, Mohd Afizi Mohd Nasir, 41, masih kuat apabila pasangan ini kembali rujuk selepas 23 hari bercerai. Mahu menutup diari tahun 2024, Yus Amina yang mesra disapa Afina berazam memperbaiki rumah tangga yang dibina bersama suami sejak 10 tahun lalu serta memperbetulkan kesilapan masing-masing. Afina sekeluarga dikenali kerana sering memakai baju raya bertemakan kartun popular. Bercakap kepada mStar, Afina memaklumkan sejak rujuk semula pada 5 Jun lalu, hubungannya bersama suami semakin baik dan mereka sering berkomunikasi serta berbincang mengenai hala tuju keluarga. "Alhamdulillah kami sama-sama melakukan kerja rumah dan mengusahakan bisnes kosmetik saya. Syukur rezeki bertambah selepas kami rujuk semula. "Suami semakin rajin membantu saya dalam bisnes seperti mempromosikan produk bersama. Bagi saya, apa yang kami lakukan bersama ini demi kebaikan keluarga. "Kami perlu mengubah pendapatan kepada yang lebih baik untuk keluarga terutama anak-anak. Tak boleh selesa dengan kehidupan sekarang," katanya ketika dihubungi mStar. Masing-masing menunjukkan aksi mencuit hati. Untuk rekod, Afina dan Mohd Afizi mendirikan rumah tangga selama 10 tahun dan pasangan itu bernikah pada 30 Mei 2014. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putri Jeliyta Ai Rich Mohd Afizi, 9, dan Putra Jamsyeir Ai Rich Mohd Afizi, 4. ARTIKEL BERKAITAN: Terus baik demam... Pasangan sedondon baju Hello Kitty kembali bersatu, rujuk semula selepas 23 hari bercerai ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi pasangan comel, sedondon Hello Kitty... Usahawan, suami sah bercerai Menurut Afina, suaminya juga menunjukkan inisiatif untuk tampil berani ketika bersiaran langsung menerusi platform TikTok demi mempromosikan produk. Afina dan suami meluangkan masa bersama keluarga. Jelas wanita itu, perubahan tersebut cukup berbeza dengan sebelum ini apabila Mohd Afizi begitu kekok untuk berada di hadapan kamera dan malu bercakap meskipun diberikan skrip. "Sekarang ni suami saya dah boleh buat video content tanpa skrip. Seperti yang selalu saya pesan pada dia, kena enjoy apa yang kita buat, kalau tak selesa jangan buat. "Alhamdulillah, banyak perubahan dan usaha yang ditunjukkan dia. Dulu malu-malu, sekarang dia dah biasa," ujarnya yang berasal dari Machang, Kelantan. Suami semakin rajin membantu saya dalam bisnes seperti mempromosikan produk bersama. YUS AMINA MOHD ZAWIZAH USAHAWAN KOSMETIK Sementara itu bagi Mohd Afizi sendiri yang berkhidmat sebagai anggota polis, dia mengakui kini keyakinannya menyerlah dan lebih menyukai untuk melakukannya secara spontan tanpa skrip. "Saya sebenarnya seorang yang spontan, tak suka baca atau hafal untuk buat video. Untuk nampak saya lebih selesa, saya kena lebih banyak berlatih di hadapan kamera. "Sebagai anggota polis, orang mungkin nampak muka saya serius tapi saya juga friendly dan boleh diajak bersembang dan berlawak," katanya. Afina dan suami mahu menambah baik kehidupan keluarga. Mahu membuka tirai 2025 dengan lebih optimis dan progresif, Afina berkata dia bakal memperkenalkan produk suplemen kesihatan lelaki pada tahun depan. Menurutnya, dia kini mempunyai lebih 500 ejen di seluruh Malaysia dan produk terbaharu yang berasaskan vitamin c kini menembusi pasaran Indonesia dan Filipina. "Sekarang produk saya lebih mengkhususkan untuk kecantikan dan kesihatan wanita, Insya-Allah tahun depan ada untuk lelaki pula. "Tiada masalah kerana ada suami untuk promosi produk yang sesuai untuk diri dia sendiri dan lelaki di luar sana," katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube