LELAKI bertubuh kekar sering dianggap kasar dan memiliki personaliti yang serius. Namun, seorang pelayar TikTok berkata dia berdepan situasi sebaliknya ketika bertemu dengan 'abang sado' di sebuah kedai serbaneka. Dalam hantarannya, dia mengakui kagum dengan sikap pemuda itu yang melayan kucing-kucing jalanan dengan penuh kasih sayang. Memberi makan kepada haiwan terbiar merupakan satu sikap terpuji. -Gambar hiasan "Masa kat luar (kedai), tiba-tiba dengar suara orang bercakap-cakap. Apabila tengok, nampak dia kat satu sudut, tengah terbongkok-bongkok kemudian bangun... bongkok balik, lepas tu cangkung. "Aku perhati je daripada jauh sebab curious. Rupanya bro tadi tengah bagi makan dua ekor kucing jalanan. Wet food yang dia beli kat kedai tadi. Siap borak-borak lagi dengan kucing tu. "Ada tiga paket kecil, dia buka satu-satu. Cara dia layan kucing tu, serius lain macam. Lembut, penuh kasih sayang," ujarnya yang datang ke kedai itu untuk membeli roti. Bayangkan badan sado, muka macho tapi cara dia panggil kucing dengan suara manja... aduh comel. PELANGGAN KEDAI SERBANEKA Menurut pemilik TikTok itu, pemuda sado berkenaan juga tidak bersikap sombong, malah mereka sempat berbalas senyuman ketika terserempak di dalam kedai. "Dia jenis badan sado habis, macam boleh jadi model gim. Dia pakai singlet, semua otot terserlah. Tapi yang menarik, muka dia tak sombong langsung. Waktu selisih tu, dia senyum, aku pun balas senyum. "Bayangkan badan sado, muka macho, tapi cara dia panggil kucing. Dengan suara manja, dia belai-belai kucing tu. Kucing tu gosok-gosok kat kaki dia. Aduh comel gila," ceritanya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Tayang body di kedai makan untuk ‘lepas geram’, 2 jejaka sado tenang dilabel ‘pengotor’ - “Kalau badan tak siap, kami tak buka baju” ARTIKEL BERKAITAN: Abang sado ‘pelaris’ gerai durian, 1.5 tan raja buah terjual setiap hari... Ada waranti, kepuasan pelanggan paling utama Perkongsian yang dimuat naik oleh individu itu menerima lebih 80,000 tontonan dan turut dihujani komen netizen. Menurut netizen, sebenarnya ada lelaki sado yang kelihatan ganas memiliki personaliti dan jiwa yang lembut. "Ada customer badan sado nampak macam gangster. Kita pun takut tengok. Tapi apabila dia keluarkan suara, macam suara perempuan. Kucing jalanan mengharapkan ihsan manusia untuk mendapatkan sedikit makanan. -Gambar hiasan "Dulu ada kawan mat rempit tegar, muka pecah gudang. Satu petang kat rumah sewa, dia kat dapur buat cucur untuk budak-budak yang main depan rumah. "Tak kisahlah siapa pun individu itu, sado ke tak sado, muka garang atau manis, kita semua kena kasihi haiwan, jangan menganiaya. "Jangan menilai sesuatu hanya daripada luaran semata-mata," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube