suria

Arwah isteri hadir dalam mimpi, minta suami koma bangun teruskan hidup... Kisah pemandu e-hailing kudung tangan jentik hati pemuda

Setiap insan berbeza-beza cabaran yang perlu ditempuhi. -Gambar hiasan

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Melalui satu hantaran di media sosial, seorang lelaki berkongsi kisah duka ketika menggunakan perkhidmatan e-hailing di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut lelaki itu, pemandu e-hailing yang mengambilnya merupakan orang kurang upaya (OKU), difahamkan kudung sebelah tangan.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. -Gambar hiasan

"Hari tu saya ada urusan di Kuala Lumpur, balik kerja saya naik e-hailing. Rupanya pemandu merupakan OKU, tangan sebelah kanan tiada. Dia hanya memandu dengan tangan kiri. Waktu dalam kereta tu, kami sempat berborak.

"Katanya dia hilang tangan kerana kemalangan jalan raya ketika naik motosikal berkuasa tinggi dengan isteri. Orang rumah dia meninggal dunia, maka tinggal dia bersendirian. Sebelum insiden, dia merupakan ahli perniagaan berjaya.

"Duit tak pernah jadi masalah. Malah isterinya merupakan akauntan syarikat petroleum, ada kelayakan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), gaji mencecah RM40,000 sebulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Naik e-hailing, bayar RM6 dah rasa hebat! Pemandu terkedu diugut penumpang B40 berlagak, simpati bertukar menyampah

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing sedih, profil pelanggan gadis kolej guna foto kucing... Berani minta di WhatsApp - “Jangan lupa ya gambar untuk pakcik”

"Selepas kemalangan dia koma berbulan-bulan, kemudian arwah isterinya datang dalam mimpi, suruh dia bangun. Apabila dia sedar, dia sudah hilang segala-galanya. Tangan tiada dan bisnes pun lingkup," ujar lelaki itu mengimbas cerita pemandu OKU berkenaan.

Tambahnya, pemandu e-hailing tersebut turut mengalami kecederaan pada paru-paru dan pendarahan otak akibat kemalangan ngeri yang menimpanya.

"Kemalangan berlaku pada tahun 2020, hanya selepas dua tahun baru dia pulih sepenuhnya. Kemudian dia belajar untuk hidup dengan hanya menggunakan tangan kiri, perlahan-lahan dia bangkit semula bagi meneruskan kehidupan.

Tersentap sekejap saya, walaupun berat rintangan hidupnya... dia masih percaya pada rezeki Tuhan.

PENUMPANG E-HAILING

"Dia mula daripada bawah, antaranya buka perniagaan kecil-kecilan dan buat e-hailing. Dia sempat pesan kepada saya, semua di dunia ni hanya pinjaman. Kalau Allah nak tarik, sekelip mata boleh jadi.

"Jangan sesekali berasa angkuh dengan apa yang kita miliki. Lagi satu, dia nasihat juga kepada saya supaya tidak berputus asa walaupun ujian hidup dirasakan bertimpa. Pasti ada rezeki selagi kita berusaha.

"Tersentap sekejap saya tengok abang ni. Walaupun berat rintangan hidupnya, dengan keadaan anggota badannya begitu, dia masih percaya pada rezeki Tuhan. Tiada alasan untuk kita yang sempurna ini menjadi pemalas," katanya menutup bicara.

Pelayar bertukar pandangan.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut tersentuh hati dengan perkongsian lelaki tersebut.

"Allahuakbar, sejak kebelangan ni, saya kerap bersangka buruk dengan Allah. Saya rasakan hidup ini macam tak adil, kisah abang ni membuatkan saya kembali menyimpan semangat. Saya perlu belajar rasa bersyukur dengan nikmat yang ada.

"Sesibuk macam mana pun kita, hubungan dengan Allah jangan sesekali diabaikan, hanya Dia sahaja yang kekal, perkara lain di atas muka bumi ini boleh datang dan pergi pada bila-bila masa," demikian kata pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain