MENUNAIKAN solat merupakan satu tanggungjawab yang dituntut serta wajib dilaksana umat Islam. Bagi yang berada di luar rumah, sana sini tersedia surau dan masjid bagi membolehkan kita bersolat setiap kali tiba waktunya. Namun, sikap segelintir individu terutamanya wanita yang suka berada dalam tempoh lama di dalam surau kecil dan sempit menimbulkan rasa kurang senang pengguna lain. Menunaikan solat itu satu kewajipan. - Gambar hiasan Lebih menguji kesabaran apabila terdapat juga kaum Hawa yang suka menempah ruang solat hingga menyukarkan orang ramai seperti yang disuarakan seorang wanita di media sosial. "Perempuan yang booked (tempah) tempat dekat surau dengan telekung dia, lagi-lagi dah dekat waktu solat seterusnya atau waktu puncak sangat selfish (penting diri) ya. "Booked lepas tu pergi tempat lain. Lepas tu apabila kita duduk di situ dia akan kata... ni tempat saya," kongsi wanita terbabit. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada changing room, wanita dijeling tukar lampin anak di surau! Alasan tak suka balik kampung suami di Pantai Timur ARTIKEL BERKAITAN: Lama berdoa, siap solat sunat di surau kecil... Ramai penting diri kejar pahala, tak peduli jemaah lain nak ibadat pada waktu puncak Luahan terbabit disokong golongan wanita lain yang kemudian berkongsi pengalaman masing-masing berdepan individu penting diri. "Kat surau area rooftop hari tu waktu solat Asar ada lagi 25 minit. Kat luar hujan sebab tu mereka lepak dalam surau. Surau bukan besar sangat. Perempuan yang tempah tempat dekat surau dengan telekung sangat selfish pentingkan diri ya. PENGADU "Semua duduk je kat atas sejadah masing-masing. Yang nak solat zohor ni kena bergilir-gilir... selfish," kongsi seorang netizen. "Itu belum lagi lepas solat pun masih tak reti nak bangun. Situ la nak mekap, situ la nak balas WhatsApp," kata warga maya. Setiap daripada kita perlu bertimbang rasa dalam menggunakan ruang solat di tempat awam. -Gambar hiasan "Kalau dia booked sebab ambil air sembahyang tu faham la. Tapi kalau dia booked, lepas tu baru tehegeh-hegeh nak ke tandas, nak tanggal mekap la... itu agak keterlaluan. "Sikit tak rasa berdosa orang belakang terpaksa solat himpit atas lantai basah," kata netizen. Kesimpulannya orang ramai berharap setiap umat Islam bertimbang rasa ketika mahu menunaikan solat di surau sempit seperti di pusat beli-belah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube