BAGAIKAN sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah yang dialami oleh seorang wanita. Sudahlah kereta miliknya mengalami masalah di tepi jalan, individu yang paling diharapkan untuk membantu tergamak menghilangkan diri. Menerusi satu perkongsian di laman sosial, seorang wanita mengimbas kembali kejadian beberapa tahun lalu apabila dia ditinggalkan keseorangan di tepi jalan selepas tayar keretanya pancit ketika dalam perjalanan. Hal kecemasan boleh berlaku di mana-mana termasuklah ketika dalam perjalanan. -Gambar hiasan "Beberapa tahun lalu, bekas teman lelaki tolong tukarkan tayar kereta saya, tapi dia tak pandai guna tire jack dan kereta tersadai di tepi jalan waktu malam. "Dia jadi moody, terus tinggalkan saya seorang diri dalam keadaan tayar kereta pancit. Dia balik naik e-hailing," luahnya. Bukan sekadar itu, dia turut menceritakan tentang pengalaman hampir sama ditinggalkan oleh kenalan lelaki, juga di tepi jalan apabila keretanya kehabisan minyak. ARTIKEL BERKAITAN: Ex-BF ‘try hard’ datang merayu, gadis setuju berbaik! Bila hati dah berbunga, selamba mengaku ‘i dah ada isteri’ ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bahagia dengan suami tapi asyik terkenang cinta lama! Pergi berubat, perawat dakwa dibomoh famili ex-BF "Minggu lalu, saya keluar dengan seorang kenalan lelaki dan kereta saya hampir kehabisan minyak ketika dalam kesesakan jalan raya. "Dia langsung tidak membantu untuk mencari lokasi stesen berhampiran, apatah lagi menenangkan saya. "Sudah sampai stesen minyak, waktu saya tengah isi petrol malam tu, dia hilang. Rupanya dia balik naik e-hailing. Lelaki suka lari naik e-hailing!" katanya kesal. Bercerita lanjut, dia memaklumkan bahawa rakan lelakinya itu memberi alasan terpaksa meninggalkannya bersendirian kerana mendakwa terlalu banyak 'aura' negatif di dalam keretanya ketika kejadian berlaku. Benda kecil pun nak moody siap lari, bayangkan kalau awak berdua kahwin dengan masalah lebih besar datang NETIZEN "Apa maksud dia? Saya tak menjerit pun waktu cemas dengan situasi tu. Saya hanya baca doa minta petrol tak habis sampai jumpa stesen minyak. "Saya ada merintih sikit dengan tanya macam mana ni?. Biasalah perempuan bila dalam masalah kan. "Tapi dia sibuk layan game di telefon. Kat mana vibe negatif tu?" katanya yang tidak menyangka berdepan dengan dua lelaki yang bersikap sebegitu. Penting untuk wanita menguasai kemahiran menggantikan tayar kereta. -Gambar hiasan Pendedahannya ternyata menarik perhatian warga maya, dan pada masa sama ramai bersimpati dengan nasibnya dipertemukan dengan dua lelaki yang mementingkan diri sendiri serta enggan bertanggungjawab. Selain itu, segelintirnya turut menyarankan wanita berkenaan supaya meneliti personaliti mana-mana lelaki yang dikenalinya terlebih dahulu sebelum mahu membawa hubungan tersebut lebih serius. "Hikmah jadi macam ni, sekurang-kurangnya awak nampak personaliti mereka bila ada masalah. Benda kecil pun nak moody siap lari, bayangkan kalau awak berdua kahwin dengan masalah lebih besar datang. "Nak gelak tapi kasihan. Saya doa awak berjumpa dengan lelaki baik dari segala segi, tak akan bahayakan diri dia dan awak. Mulut manis jangan percaya. Juga, nak keluar, biar lelaki yang ambil awak, apa-apa awak boleh lari naik e-hailing. "Ingatkan saya je selalu kena dengan geng perempuan, rupanya korang pun kena juga. Semoga ditemukan dengan lelaki yang baik," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube