suria

Main sentimen ‘hak isteri’, mak bolot harta arwah ayah... Berani tolak kaedah faraid, siap nak palsukan tandatangan anak-anak

Harta pusaka seperti tanah perlu difaraidkan selepas kematian pemiliknya. -Gambar hiasan

BANYAK perkongsian dipaparkan di media sosial sama ada daripada pengalaman peguam mahupun warga maya mengenai kisah keluarga yang berantakan kerana kes perebutan harta.

Biarpun Islam sendiri mempunyai garis panduan dalam urusan pembahagian harta pusaka, namun realitinya banyak pihak yang sering mengabaikan prinsip-prinsip tersebut.

Dalam satu hantaran di media sosial, seorang individu berkongsi kisah perebutan harta yang berlaku di dalam keluarganya gara-gara sikap ibu yang enggan mematuhi hukum faraid.

Sebagai makluman, faraid adalah peraturan dalam hukum syarak yang mengaturkan pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang.

mak 1

Isu pembahagian harta perlu dibincangkan dan disepakati waris. -Gambar hiasan

"Mak ambil semua geran arwah ayah. Lepas tu nak palsukan tanda tangan semua anak-anak yang tak setuju letak semua harta arwah atas nama dia seorang.

"Kami nak dibahagikan secara faraid. Tapi dia tak nak. Dia kata hak dia lebih daripada itu. Dia nak jual semua, ambil 'hak' dia lepas tu baru bahagikan dekat anak-anak," tulisnya dalam satu hantaran di laman Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak tak ikut faraid, guna wasiat mulut bolot harta arwah bapa... Paling sedih sibuk kira duit sedekah sebelum jasad dikebumi!

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak ‘bolot’ barang kemas arwah mak, pegang harta batil tak peduli adik lelaki... Ini cara kiraan faraid emas

Individu yang tidak mendedahkan identiti itu menambah, dia mahupun adik-beradiknya tidak berniat untuk membolot harta, sebaliknya bimbang keputusan ibunya hanya akan merugikan diri sendiri kelak.

"Dia nak jual (tanah). Itu masalahnya. Yang nak beli pula orang yang cuba ambil kesempatan beli di bawah market value.

"Arwah ayah saya ikat perut nak beli tanah. Apa yang lebih teruk, dia (emak) mudah terpengaruh dengan skim cepat kaya, pelaburan emas, multi level marketing (MLM). Tak pernah serik," luahnya lagi.

Orang tua b***h pun ramai. Dok guna ayat ibu mengandung sembilan bulan 10 hari untuk halalkan cara.

NETIZEN

Menurutnya lagi, biarpun sudah dinasihati namun ibunya tetap berkeras dengan keputusan sendiri demi menuntut 'hak' sebagai isteri.

"Pening kepala aku ada mak macam ni. Agak-agak berjaya ke rancangan mak saya tu? Mudah ke nak buat kerja palsu-memalsu ni?" tulisnya lagi sambil memohon pandangan warga maya.

Menjengah ruangan komen, pelbagai reaksi yang disuarakan netizen.

komen faraid

Sebahagian daripada komen warga maya.

Selain daripada memberikan pandangan, rata-ratanya turut berkongsi kisah keluarga masing-masing.

"Elok faraid. Aku ada kawan, mak dia bolot semua harta pusaka sebab nak join pelaburan. Akhirnya semua duit burn dekat pelaburan scammer. Mak lebih percaya kawan daripada anak-anak.

"Bincang adik-beradik semua. Bersemuka dengan mak. Ajar dia untuk ikut proses pembahagian sebenar. Tuntut dulu harta sepencarian. Selebihnya faraid.

"Orang tua b***h pun ramai. Dok guna ayat ibu mengandung sembilan bulan 10 hari untuk halalkan cara," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain