SEORANG individu berkongsi pengalaman pahitnya ketika menjalani latihan industri di sebuah syarikat. Dalam satu hantaran media sosial, dia mendakwa majikannya sering melakukan body shaming atau menghina bentuk fizikal para pekerja. Tidak ketinggalan menjadi mangsa, individu tersebut berkata majikannya itu tanpa rasa bersalah memberi komen tentang berat badannya. Berat badan berlebihan sering menjadi isu dibahaskan di tempat awam. -Gambar hiasan "Masa saya buat latihan industri, saya ada seorang bos yang suka body shame orang. Dia cakap berat saya nampak macam lebih 70 kilogram (kg). Tapi hakikatnya berat saya masa tu 52kg. "Kemudian saya tanya kenapa dia terlalu berminat dengan berat badan orang. Dia jawab balik dengan soalan... tak boleh ke? Saya cakap lagi... kalau ye pun berat lebih 70kg, ada masalah ke? "Saya boleh main bola sepak, gimnastik dan rajin berolahraga. Apa awak buat? Berjalan dekat taman 10 minit setiap minggu dan post dekat status WhatsApp dan selesai," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Walau sekadar berjenaka... body shaming umpama menghina ciptaan Yang Esa! ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dikutuk gemuk! Orang ramai disaran jaga mulut, body shaming adalah jenayah... Pelaku boleh dipenjara Menurut individu berkenaan, reaksi 'pedas' itu menyebabkan bosnya mendiamkan diri selama dua minggu. Bagaimanapun tanpa diduga, tindakannya mempertahankan diri dan membalas sindiran majikan itu mengundang padah. Jelas pelatih itu dia akhirnya gagal dalam latihan industri atas alasan tidak menghormati majikan. "Saya gagal latihan industri sebab cakap macam tu. Daripada awak sound balik, baik cakap... bos saya tak hargai awak body shaming saya.. NETIZEN "Sebab tu penting untuk tulis semua yang dibuat dekat tempat kerja, lengkapkan tugas dan semak kesalahan. Kalau kita buat kerja dengan baik, itu je bukti nak pertahan diri. "Jadi saya emel dekat pensyarah fasal semua bukti dan minta jika saya boleh tukar (tempat latihan industri) sebab dekat sini toksik," ujarnya. Bagaimanapun, tindakannya ibarat 'langkah kanan' apabila menurut pensyarahnya latihan industri tidak termasuk dalam gred penilaian akhir. Komen netizen di media sosial. Dalam pada itu rata-rata warga maya turut memberikan cadangan dan respons mereka selepas pengadu menceritakan apa yang berlaku. "Daripada awak sound balik, baik cakap... bos saya tak hargai awak body shaming saya. Saya rasa selagi saya buat kerja dengan betul, berat badan saya tak ada kaitan dengan awak. "Apabila awak buat macam tu, kutuk dia, awak dengan dia sudah tak ada beza, sama je," komen seorang netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube