NIAT baik seorang ibu membenarkan anaknya mengajak rakan-rakan bermain di rumah mengundang padah kerana keadaan bertukar kucar-kacir. Menerusi luahan wanita itu, dia tidak menyangka kanak-kanak berkenaan bersikap biadab walaupun sudah ditegur. "Ada budak-budak datang rumah kita. Masuk je rumah, mereka terus buka peti sejuk, ambil apa-apa makanan dan terus makan. "Kemudian mereka selongkar laci-laci yang ada, mereka panjat sofa," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial. Keadaan bilik tidur yang tidak terurus. -Gambar hiasan Tambah wanita itu, kenakalan budak-budak ini bukan sekadar di tingkat bawah, malah mereka berani untuk menerjah pula ke ruangan di tingkat atas. "Budak-budak ni naik tingkat atas dan masuk semua bilik. Mereka minta mainan anak-anak kita, nak bawa balik. Sebagai balasan, nanti anak kita pergi rumah mereka, boleh main mainan kat rumah mereka pula. "Kalau tak bagi mainan tu, tak boleh main apa-apa kat rumah mereka walaupun rapat. Tapi patut ke macam tu walaupun mereka hanya budak-budak," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat nak makan lauk ikan musnah, duit kerap hilang! Wanita syak anak asuhan panjang tangan, nak tegur tapi suka melawan ARTIKEL BERKAITAN: Mak berpurdah sibuk pilih baju, buat tak nampak anak sendiri buli bayi 8 bulan! Mula-mula dia lepuk, kemudian nak gigit kaki Katanya lagi, tindakan dia membenarkan kanak-kanak itu masuk bermain di rumah adalah satu keputusan yang salah. Buktinya keadaan rumah menjadi tunggang-langgang dek perbuatan mereka. Dah marah dan tegur tapi mereka buat tak tahu... macam saya tak wujud. TUAN RUMAH "Lepas mereka balik, rumah macam kena geledah dengan polis, walaupun datang tak sampai 10 minit," jelasnya. Bukan mahu membandingkan dengan anak sendiri, tetapi dia mempersoalkan perbuatan kanak-kanak berkenaan yang memeningkan kepala. "Anak saya tak pernah buat macam tu apabila pergi rumah orang. Tak pernah naik tingkat atas, tak pernah masuk selongkar bilik. "Selain itu, anak juga tak pergi ke dapur untuk buka peti sejuk ambil makanan tuan rumah tanpa kebenaran. Tak selongkar laci, kecuali tempat mainan je. Bapa menegur anak sebagai pengajaran. -Gambar hiasan "Saya terfikir, kenapa mereka begitu? Selongkar dan 'periksa' habis rumah orang sampai ke atas masuk bilik-bilik tidur, melompat atas katil dalam bilik kita, kenapa?" soalnya. Wanita itu kemudian tampil menjawab persoalan netizen kenapa dia sebagai ibu dan tuan rumah tidak menegur rakan-rakan anaknya yang bersikap keterlaluan. "Dah marah dan tegur tapi mereka buat tak tahu. Macam saya tak wujud, kemudian saya suruh mereka balik cepat sebab tak mahu anak ikut perangai begitu. "Selalu saya akan elak budak-budak ni masuk ke rumah, tapi semalam terlepas. Akhirnya, suruh balik cepat-cepat sebab stres. Tak tahu la kenapa perangai begitu, mak ayah orang kaya je, berpendidikan pula tu," katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube