suria

Gelagat lelaki buta ‘teropong’ pintu surau guna telefon undang sebak... Isteri sedih, baru tahu cara suami OKU berdikari

Tangkap layar daripada video menunjukkan cara suaminya mencari surau.

SETIAP rumah tangga yang dibina pastinya mempunyai kisah tersendiri terutamanya dalam mengenali hati budi, tingkah laku mahupun tabiat pasangan masing-masing.

Menerusi muat naik individu dikenali sebagai Wani Mustafa di TikTok, dia berkongsi tentang suami tercinta yang merupakan individu kurang upaya (OKU) penglihatan.

Video gelagat suaminya tercari-cari pintu masuk surau awam untuk menunaikan solat itu menarik perhatian ramai.

Tangkap layar video yang dimuat naik Wani di TikTok.

"Walaupun aku dah berkahwin dengan dia lebih daripada tahun, tapi jujurnya masih ada perkara yang aku tak tahu tentang tahap penglihatan dia.

"Rupanya macam ni dia cari surau atau tandas jika dia berseorangan. Selalunya akan ada anak bongsu akan ikut dan teman dia.

"Tapi apabila hari sekolah, anak bongsu tu tak dapat teman papa dia. Aku pun lupa yang suami tu perlu dibantu," tulis Wani menerusi kapsyen pada video tular berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 2 tahun kahwin, suami jadi OKU hanya kerana titisan ubat selepas mata masuk habuk... Isteri mahu setia hujung nyawa!

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun bela suami OKU ‘biawak hidup’, isteri mula hilang sabar... Boleh kerja urut refleksologi tapi malas, siap buat hutang!

Walaupun sudah mendirikan rumah tangga selama lapan tahun, wanita ini mengakui dia masih belum memahami sepenuhnya tentang keperluan suami.

Dalam video berdurasi 31 saat itu, suaminya yang buta kategori B2 dilihat menggunakan kamera telefon untuk zoom papan tanda surau dan tandas lelaki.

Untuk makluman, orang buta kategori B2 boleh melihat secara samar dalam jarak dekat namun tahap penglihatannya agak teruk untuk jarak jauh dan keadaan gelap.

Hal ini membuatkan dia ada kalanya tersentuh hati kerana tidak peka atau terlepas pandang.

Awak lupa suami perlukan bantuan sebegini sebab dia sangat sempurna di mata awak.

NETIZEN

"Apabila terpandang tadi gerak-geri dia mencari surau, mulalah rasa sedihnya sebab tak alert (peka) tentang tahap kemampuan mata dia.

"Saya cuma guide (beri arahan) dia dari jauh je tadi. Rupanya dia gunakan kamera pada telefon untuk zoom papan tanda.

"Memang ada banyak lagi perkara yang kita tak akan faham tentang orang buta selagi kita tak bergaul lama dengan mereka," ujarnya sambil menambah saraf mata suaminya rosak sejak dilahirkan.

Komen netizen di TikTok.

Perkongsian Wani ini mendapat pujian serta pelbagai reaksi netizen yang tersentuh selepas melihat video tersebut.

"Bagus Wani kongsi video bagi kesedaran dengan kami. Kami boleh belajar.

"Bagus sis. Beri lebih banyak cerita keadaan suami awak supaya orang lebih tahu buta ni banyak jenis keadaan. Semoga sihat selalu sis dan suami.

"Awak lupa suami perlukan bantuan sebegini sebab dia sangat sempurna di mata awak. Semoga Allah jaga hubungan awak dan dia sampai syurga," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain