suria

Penyewa bujang risau diserbu penguasa agama, ada pasangan suami isteri nak menyewa sebumbung

Kekangan kewangan menjadi antara faktor individu mahupun pasangan berkongsi rumah sewa. -Gambar hiasan

TIDAK dinafikan kadar sewa untuk semua jenis rumah khususnya di ibu kota atau bandar besar amat tinggi.

Tidak hairanlah sesetengah individu atau pasangan muda memilih untuk menyewa bilik dan sanggup berkongsi dengan penghuni lain atas faktor kewangan.

Dalam masa sama, pemilik rumah pula dilihat mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan lebih tanpa mempedulikan unit yang disewa bercampur antara lelaki dan perempuan bukan mahram.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, seorang pelayar berkongsi situasi di mana dia bakal berkongsi rumah yang disewanya kini dengan pasangan suami isteri.

Perkhabaran ini sekali gus mengundang rasa bimbang dalam dirinya, memikirkan dia beragama Islam.

sewa 1 new

Umat Islam disaran untuk mengelakkan menetap sebumbung lebih-lebih lagi bukan mahram. -Gambar hiasan

"Owner rumah sewa tanya saya okay tak kalau ada married couple nak sewa bilik master yang dah lama kosong?

"Ada masalah ke kalau share rumah sewa dengan married couple if I'm a Muslim? Ada tiga bilik dekat rumah ni, bilik single, bilik middle dan bilik master.

"Bilik single dan bilik middle pakai tandas dekat luar. Bilik master tandas sendiri dekat dalam bilik. Bilik single dan bilik middle disewa lelaki Muslim," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis akui lelaki dalam Ipar Adalah Maut memang wujud! Suami kakak ‘baik di mata ahli keluarga’ berani pegang pinggang, luah perasaan

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Owner’ nak buat renovasi, arah penyewa sarat hamil pindah sementara! Lepas 2 bulan minta duit sewa walau tak menghuni

Menurut pelayar yang tidak mendedahkan identiti diri itu, meskipun rumah yang disewanya kini merupakan kediaman jenis kondominium dengan kawalan keselamatan, dia tetap bimbang jika ia berpotensi menjadi sasaran serbuan pihak penguasa agama.

"Jiran kiri, kanan Melayu. Jiran depan Cina dan India.

"High possibility tak kena report dengan jabatan agama kalau aku pejam mata?

"Sesiapa ada pengalaman sharing rumah lain jantina tapi bilik asing macam ni boleh share tak?" kongsinya lagi sambil meminta pandangan warga maya.

Sebaik mana pun kita, pasti ada syaitan yang sedang berusaha untuk buat kita jadi tak baik.

NETIZEN

Menjengah ruangan komen, netizen memberikan reaksi yang bercampur namun rata-ratanya menyarankan supaya pelayar berkenaan mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku memandangkan ia cenderung mengundang perkara negatif.

"Elakkanlah. Pujuk tuan rumah cari penyewa lain. Atau awak sendiri keluar kalau tuan rumah berkeras nak couple tu juga. Nanti tak pasal-pasal ada pula siri Netflix 'Rakan Penyewa Serumah Adalah Maut'.

"Sebaik mana pun kita, pasti ada syaitan yang sedang berusaha untuk buat kita jadi tak baik. Untuk kebaikan sendiri, prevention is better than cure.

"Tak tahulah kalau suami orang tu selesa biarkan isterinya serumah dengan dua orang lelaki bukan mahram. Kalau saya, saya takut," demikian antara komen netizen.

komen sewa

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, isu sewa bilik melibatkan lelaki dan wanita bukan mahram dalam satu rumah yang dikongsi kemudahannya, merupakan perkara serius dan perlu dielakkan.

"Langkah paling wajar adalah mencari bilik lain dan berusaha meninggalkan tempat yang membawa kepada perkara haram.

"Ia bertepatan dengan dua kaedah fiqh iaitu 'Perkara yang membawa kepada perkara yang haram, perkara itu juga adalah haram' dan 'Menutup jalan yang membawa kepada kerosakan'," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain