suria

Pengantin perempuan kasihan suami banyak belanja kahwin... Mentua tak keluar satu sen, tetap kemaruk duit ‘salam kaut’

Pihak lelaki mengeluarkan belanja untuk mengadakan majlis perkahwinan. -Gambar hiasan

ISU pembahagian 'salam kaut' di majlis perkahwinan sering menjadi punca ketegangan dalam kalangan keluarga kedua-dua pengantin.

Salam kaut merupakan tradisi pemberian wang sagu hati atau sedekah seikhlas hati kepada tuan rumah yang menganjurkan majlis

Begitulah luahan seorang wanita apabila duit salam kaut pada majlis pernikahannya diberikan kepada ibu pengantin lelaki.

Menurutnya, ibu mentuanya terkenal dengan 'tradisi' berdiri di pintu masuk 'mengutip' duit salam kaut di setiap majlis perkahwinan anak-anaknya.

"Saya nak duit salam kaut itu diberikan kepada pengantin lelaki. Saya dan keluarga tak nak duit salam kaut tu walaupun majlis kedua-dua belah.

Wanita yang baru berkahwin perlu menyesuaikan diri dengan keluarga mentua. -Gambar hiasan

"Duit tu kena bagi suami saya sebab dia yang banyak belanja untuk majlis ini. Famili, adik-beradik dia tak ada hulur satu sen pun.

"Malah, kena sediakan duit tol dan minyak untuk mereka datang ke majlis kami. Famili saya ada la sponsor dulang hantaran dan makanan sikit," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Bercerita lanjut, kata wanita itu, suaminya mengeluarkan belanja untuk mengadakan majlis dengan kos berjumlah RM14,000.

Maka dia berpendapat duit 'salam kaut' itu adalah lebih wajar diberikan kepada suaminya yang bertungkus-lumus menanggung kos pernikahan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu geram perangai mentua, tiba-tiba sampai depan rumah! Isteri mengadu penat, suami pula tak ‘backup’

ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua merajuk, ‘block’ anak menantu di WhatsApp... Rupanya kecil hati lepas ditegur kerap terjah rumah, siap ada kunci pendua!

Menurut wanita itu, dia tidak mahu duit berkenan diberikan kepada ibu mentua kerana bimbang ia akan digunakan untuk tujuan peribadi.

"Saya bantu RM3,000 saja iaitu untuk homestay keluarga belah lelaki dan perempuan, doorgift dan jurufoto.

"Saya rasa nak je cakap terus-terang dekat suami sebab dia manusia spesis tak kisah, tak berkira. Atau sepatutnya saya tak payah masuk campur," ujar wanita itu dalam dilema.

Baik jangan masuk campur sebab kita baru nak masuk dalam keluarga dia.

NETIZEN

Luahan pengantin perempuan di Facebook Tips Persiapan Kahwin itu mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, dengan pelbagai pandangan diberikan.

Ada yang bersetuju dengan pandangannya kerana pengantin lelaki berhak ke atas duit salam kaut disebabkan perbelanjaan yang ditanggungnya.

Komen netizen di Facebook.

Namun, ada juga yang berpendapat adalah lebih baik sekiranya berbincang dengan baik dengan keluarga tanpa menyinggung perasaan mana-mana pihak.

"Baik jangan masuk campur sebab kita baru nak masuk dalam keluarga dia. Pandai-pandai la nanti mak ayah dia nak agihkan kalau beringat. Kalau tak dapat tak apa... ada rezeki lain untuk suami awak.

"Saya rasa situasi berbalik kepada pengantin lelaki itu sendiri. Kalau dia tak ada masalah untuk bagi dekat mak dia, kita tak boleh nak cakap apa juga. Pendapat saya bab ni baik jangan masuk campur," kata beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain