SIAPA sangka, bermula dari gurauan akhirnya membawa kepada satu hubungan yang penuh bermakna. Begitulah kisah unik dua rakan sekerja yang bakal bertukar menjadi menantu dan ibu mentua. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menerusi satu video yang dimuat naik di laman TikTok dengan kapsyen ringkas 'Kawanku menantuku' ternyata mengundang perhatian warga maya yang turut teruja dengan kisah mereka. Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang mahu dikenali sebagai Abidawati berkata, hubungannya dengan bakal menantu pada mulanya sekadar rakan sekerja sambil mengakui perwatakan gadis tersebut disenanginya. ARTIKEL BERKAITAN: Macam BFF, beza agama bukan alasan! Ramai kagum menantu, mak mentua kamceng... tiap hari berborak, tak boleh bayang hidup tanpanya ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada kekurangan, beres semua” - Wanita ‘deep talk’ dengan mentua, risau suami dihasut kahwin lain gara-gara belum ada zuriat "Saya dan anak lelaki, Adzryzal, kerja di restoran makanan segera tu dulu iaitu pada 2019. Setahun kemudian, pada 2020, baru bakal menantu yang saya panggil Bella, mula bekerja di situ. "Saya kru, Bella pula barista. Ia bermula dari gurau senda 'nak jadi menantu aku tak?' sambil gelak-gelak. Sebab saya sangat berkenan dengan perwatakan dia. "Hampir setiap hari saya cakap macam tu dekat dia. Lama-lama anak saya pun jatuh hati dengan Bella. Mungkin sebab saya selalu menyakat, selalu bercerita pasal kebaikan Bella... anak saya mula berkawan dengannya," katanya yang menetap di Kapar, Selangor. Kebaikan dan perwatakan Bella menambat hati Abidawati untuk menyunting gadis itu buat anak lelakinya. Ibu kepada empat orang cahaya mata itu mengakui tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila mengetahui kedua-dua anaknya dan rakan sekerja menjalinkan hubungan cinta selepas setahun perkenalan. "Biasalah, kawan-kawan lain dekat tempat kerja memang kaki sakat. Hubungan kami di tempat kerja seperti biasa. Mula-mula dia panggil akak... dekat-dekat bertunang gelaran bertukar kepada 'umi'. "Tak sangka, rumah kami dekat-dekat je sebenarnya. Kadang-kadang kalau satu syif, kami pergi dan balik kerja sama-sama. Mungkin sebab saya selalu menyakat, selalu bercerita pasal kebaikan Bella... anak saya mula berkawan dengannya. ABIDAWATI "Perjalanannya tak sampai lima minit pun. Masa datang rombongan meminang hari tu pun tak sempat berpeluh, tahu-tahu dah sampai," kongsinya. Bercerita tentang perwatakan Bella, wanita ini berkata, bakal menantu sulungnya itu begitu lemah lembut, menghormati orang tua dan sentiasa menjaga batas pergaulan. Abidawati dan Bella sememangnya sangat akrab ketika bekerja di tempat yang sama. "Saya rasa saya dan dia 'sekepala'. Tak perlu bercakap, hanya guna mimik muka saja dah boleh faham. "Lagi satu, sebab dia barista, dia buat air sedap sangat. Dia tahu je cita rasa saya yang tak suka manis sangat," katanya lagi sambil menambah, majlis pernikahan dijadualkan berlangsung pada hujung tahun ini. Menurut Abidawati, ketika ini ketiga-tiganya sudah tidak lagi bekerja di restoran berkenaan, namun kenangan di situ tidak akan dilupakan sehingga bila-bila. Untuk rekod, video TikTok yang dikongsikannya sehingga kini meraih melebihi 179,000 jumlah tontonan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube