SELAIN ibu yang melahirkan kita ke dunia, tiada siapa yang dapat menyangkal pengorbanan seorang bapa. Bertungkus-lumus mencari rezeki demi menyara keluarga, sosok bergelar ayah ini juga sedaya-upaya memastikan permintaan anak-anak dipenuhi. Demikian juga dengan perkongsian seorang pelayar mengenai kasih dan pengorbanan bapanya di laman TikTok, yang mengundang sebak warga maya. Mengimbas kembali, pelayar berkenaan berkata, bapanya amat menitikberatkan pendidikan sehingga tidak pernah berkira memperuntukkan sejumlah gajinya untuk menyediakan akses internet agar anak-anaknya tidak ketinggalan dengan arus teknologi dan komunikasi. Seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja demi melihat anak-anaknya gembira. -Gambar hiasan "Anak bongsu masih sekolah nak itu ini. Tak ada komputer, beli netbook. Dah ada netbook kena ada internet. Duduk ceruk kampung option yang ada Maxis broadband inilah. "Apa je yang saya nak selagi untuk belajar, abah mesti keluar duit tak berkira," tulisnya dalam hantaran itu. Bercerita lanjut, katanya, bapanya bekerja sebagai pemandu van kilang dengan gaji pokok ketika itu hanyalah RM800 demi menyara kehidupan keluarga. ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula buruk sangka, malas layan orang jual kerepek... Lepas dengar cerita baru tahu peniaga terdesak cari duit nak beli ubat anak ARTIKEL BERKAITAN: Anak nak sangat guna iPhone, bapa sanggup berhabis hampir RM1,000! Ramai pula tersentuh dengar amanat sebelum bayar Bagi keluarga berpendapatan rendah, dia mengakui komitmen bulanan untuk membayar bil perkhidmatan internet sememangnya agak tinggi. "Dulu famili kita tak berduit sangat. Tak terfikir macam manalah abah peruntukkan RM80 daripada gaji ciput dia nak bayarkan internet ni. "Sekarang dah besar dah bayar bil sendiri, baru terfikir. Dengan gaji kecil, jumlah RM80 tu semestinya komitmen yang besar untuk abah. Terima kasih abah. Banyak keluar duit untuk saya. Dulu internet sangat mahal. Yang duduk kampung je faham. NETIZEN "Support study, belikan macam-macam walaupun abah bukan berduit sangat masa tu. "Saya harap saya membanggakan abah dengan apa yang sudah dicapai hari ini. Semoga murah rezeki kita sekeluarga," tulisnya lagi. Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut tersentuh malah ada yang mengimbau pengorbanan bapa masing-masing. Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian pelayar berkenaan. "Tahun 2011 abah saya belikan laptop model latest, printer dan broadband untuk sambung belajar. Waktu tu memang seronok, semua ada sedangkan kawan-kawan serumah kebanyakannya tiada... beruntung jadi anak dia. "Dulu internet sangat mahal. Yang duduk kampung je faham. "Tahun 2014 abah allocate RM1,000 untuk beli laptop. Tengah buat diploma waktu tu. Abah gaji kecil je. Laptop tu berkhidmat sampai sekarang," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube