DARI luar bangunan nampak cantik, tapi siapa sangka penghuninya ada yang mempunyai perangai pelik.
Kawasan perumahan bertingkat tinggi seperti apartment dan kondominum yang kotor mungkin biasa didengar, tapi jarang sekali sampai ke tahap menjijikkan!
Berkongsi cerita, seorang wanita mengikut rakan sekerja singgah di rumah sewanya di sebuah apartment di Lembah Klang.
"Saya tak tahu blok mana sebab saya ikut je kawan masa tu. Kemudian tiba-tiba terasa benda jatuh sipi-sipi je dekat bahu saya.
"Hampir kena, tapi tak kena pun, syukur Alhamdulillah. Nak tahu apakah benda yang jatuh tu? Benda tu lampin bayi!" katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.
Sekumpulan penghuni tinggal di kawasan kejiranan. -Gambar hiasan
Bercerita lanjut, katanya, dalam keadaan mencemaskan itu, dia hanya mahu menyelamatkan diri.
"Saya tak periksa (lampin) ada isi (najis) ke tak? Saya terus lari je masuk dalam kawasan tu.
"Sesuka hati je baling dari atas macam tu. Kamu tak ada tong sampah ke dekat rumah? Pengotornya," ujarnya.
Masih terkejut dengan insiden tersebut, wanita itu cuba bertanyakan kepada rakan sekerjanya mengenai keadaan perumahan di situ.
ARTIKEL BERKAITAN: Baru 3 minggu huni flat, wanita nak pindah segera! Tak tahan sikap, mentaliti jiran-jiran... Firasat suami ternyata betul!
ARTIKEL BERKAITAN: Geli dan jijik! Penghuni buang lampin, tuala wanita dari tingkat atas... “Jujur cakap rumah flat memang macam ni”
Rakannnya kemudian mendedahkan insiden seumpama itu bukanlah pertama kali berlaku.
"Saya tanya kawan, memang selalu macam ni ke? Dia jawab 'ya'. Saya fikir, pindahlah! Dia ada gaji besar dan sudah tentu dia mampu bayar sekitar RM800 sebulan untuk sewa bilik.
"Pergi cari tempat yang lebih baik daripada ini. Jauh sikit pun tak apa, janji tak hadap macam ni. Bahaya kalau orang baling botol kaca ke, kamu tahu ia boleh mencederakan orang.
Ada yang memang pembersih tapi sampah-sampah mereka atau air basuhan dengan kotoran campak je bawah rumah tu.
WARGA MAYA
"Sekurang-kurangnya najis (lampin) tidak mencederakan tapi kotor! Kondo ke tu? Saya sumpah ingat tu flat atau apartment sebab dari luar nampak tak terjaga. Nampak kotor sebab banyak sampah.
"Kasihan dekat rumah bawah. Okay, saya akan suruh kawan tu pindah. Bahaya betul!" katanya.
Rakan berkerjaya mampu mencari tempat tinggal lebih baik. -Gambar hiasan
Menerusi ruangan komen, rupanya beberapa netizen mempunyai pengalaman sama menetap atau menyewa di kondominimum berkenaan yang pernah tular kerana sikap penghuninya yang tidak menjaga kebersihan selain gejala sosial terutama dalam kalangan penghuni warga asing.
"Saya tinggal di situ dua bulan je pada 2021. Itu pun kawan dan senior membebel-bebel kenapa tinggal situ? Mereka risau dengan saya tapi saya cakap sekejap je. Memang mentaliti zero.
"Dulu tak ada lagi baling sampah macam ni sebab semua level cleaner ada kutip sampah. Sekarang makin teruk la tu, kawasan 'hitam' tu. Suruhlah kawan tu cari tempat lain.
"Nasib baik saya tak sewa situ dulu. Popular juga tempat tu kan. Tapi maaflah kalau bunyi macam biadab, ada yang memang pembersih tapi sampah-sampah mereka atau air basuhan dengan kotoran campak je bawah rumah tu.
"Dulu saya pernah tinggal kejap situ. Teringat pengalaman masa mandi, air dari paip rumah atas bocor menitik atas tangan. Bau nauzubillah busuk," demikian antara komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube