DALAM keadaan ekonomi yang serba mendesak, setiap individu perlu berusaha keras untuk mencari wang bagi meneruskan kehidupan.
Justeru tidak hairanlah apabila melakukan kerja sampingan pada waktu lapang menjadi satu kebiasaan bagi rata-rata golongan remaja pada hari ini.
Bagaimanapun, melalui satu hantaran di media sosial, seorang pekerja lelaki di sebuah kedai serbaneka terkejut apabila didatangi pelanggan kecil yang baru pulang dari sekolah rendah.
Pekerjaan dalam bidang perkhidmatan pastinya memenatkan. -Gambar hiasan
Menurut lelaki itu, pelanggan tersebut yang berumur 12 tahun mengajukan soalan cepumas kepadanya.
"Tengah hari tadi dua budak perempuan datang beli mi segera. Nampak mereka pakai baju sekolah, sambil aku ambil pesanan, aku saja borak... sekolah ke hari ni? Sebab masa tu hari Sabtu dan negeri ni cuti hujung minggu.
"Mereka pun jawab... sekolah abang, sebab ada kokurikulum. Kemudian aku tanya pula, darjah berapa, mereka cakap darjah enam, 12 tahun nak masuk 13 tahun.
ARTIKEL BERKAITAN: Dapat 3 ‘offer’, graduan dilema terpaksa tolak tawaran kerja... Kusut tiada kenderaan, susah cari pengangkutan awam
ARTIKEL BERKAITAN: Terdesak cari duit bantu ibu, wanita cuba bertahan kerja dengan bos toksik - “Sangat penat... terlalu menekan jiwa”
"Tak sempat aku tambah soalan seterusnya, mereka terus tanya aku satu benda ni... abang boleh tak bila kami cuti sekolah nanti kami nak kerja sini? Tak boleh ke? Tercengang aku dengar, mereka minta tolong aku recommend mereka kerja situ.
"Aku senyum sambil jawab... tak boleh adik, dekat sini kalau nak kerja kena 18 tahun ke atas. Terus mengeluh mereka, maaf la ya, kalau 'kabel' kuat macam mana pun memang tak boleh masuk kerja sini sebab bawah umur," imbasnya.
Tambah lelaki itu, ada pengajaran yang diperoleh daripada pertemuannya dengan dua kanak-kanak tersebut.
Kalau anak buah aku, dia minta nak kerja dengan aku, dia suruh aku gajikan dia.
WARGA MAYA
"Budak-budak zaman sekarang ramai yang dah ke depan. Baru umur 12 tahun, tapi sudah fikir pasal kerja dan cari duit. Bukti yang bangsa kita bukan pemalas seperti dakwaan sesetengah pihak di luar sana.
"Harap budak tu boleh dapat kerja yang baik dan tolong keluarga serta ibu bapanya. Aku sebagai yang lebih dewasa kagum dengan aras pemikiran mereka, sudah sampai ke tahap yang matang.
"Tak semua budak sebaya mereka dah fikir macam tu. Apa-apa pun jangan terlampau mengejar duit, nikmati juga zaman sebagai kanak-kanak dan remaja ni," katanya menutup bicara.
Pelayar bertukar pandangan.
Melewati ke ruangan komen, warga maya juga mengakui pengalaman yang dikongsikan lelaki itu sudah menjadi trend dalam kalangan anak muda.
"Baca kisah ni, teringat dekat sepupu aku yang berumur lima tahun, hantar pergi sekolah tak mahu sebab nak terus kerja macam mak ayah dia, katanya nak beli iPhone. Lucu sekali.
"Kalau anak buah aku, dia minta kerja dengan aku, dia suruh aku gajikan dia. Lepas tu aku pun cakap, jangan menangis pergi sekolah nanti aunty bagi duit belanja lebih," ujar pelayar.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube