suria

Peniaga ‘crush’ pelanggan cun selalu datang gerai... Teruja dapat tukar nombor telefon, tapi ‘down’ lepas tengok status

Seorang peniaga gerai terpikat dengan pelanggan wanita yang sering datang ke gerainya. -Gambar hiasan

SELAIN wang yang diperoleh hasil daripada bekerja, jodoh dan pertemuan juga merupakan salah satu bentuk rezeki.

Berkongsi kisah sebagai penjaja, seorang lelaki bujang yang membuka gerai menjual sarapan pagi meluahkan kesyukuran apabila bisnes yang diusahakan secara kecil-kecilan mampu menarik pelanggan tetap.

Dalam ramai-ramai pelanggannya itu, katanya, dia tertarik dengan seorang pelanggan wanita yang mana kehadirannya ke gerai begitu disenangi.

"Ada seorang pelanggan perempuan buat saya tertarik, bukan saya je sampai makcik yang bantu saya pun boleh puji pelanggan tu secara bersemuka, mukanya manis.

"Reaksi dia tersenyum tersipu-sipu. Lepas tu, pembantu saya boleh cakap kalau acik ada anak lelaki dah lama dia 'kenenkan'. Merah-merah muka si dia," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Fatimah Lim Abdullah, who hails from China and has been selling hawker style Chinese Muslim Food in Petaling Jaya. She has been in the business for almost 20 years. — GLENN GUAN/The Star

Pelbagai juadah dijual di gerai menarik perhatian pelanggan. -Gambar hiasan

Lama-kelamaan, pemuda itu mula memberanikan diri cuba mendapatkan nombor telefon pelanggan wanita itu.

"Kami bertukar nombor telefon tapi sekadar untuk dia tahu, kedai beroperasi atau tidak. Itu pun dia dapat daripada banner kedai.

"Saya guna alasan peniaga dan pelanggan. Memang tidak saya nak minta depan-depan," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas dapat pikat doktor, pemuda baru sedar taraf hidup tak sama... Terlopong bakal isteri minta wang hantaran RM30,000

ARTIKEL BERKAITAN: Teman wanita berubah sikap lepas masuk badan beruniform, tak pandang BF kerja pejabat... Kantoi dapat bunga hari tamat latihan!

Sejak mendapat nombor telefonnya, barulah dia dapat melihat status sebenar pelanggan itu yang merupakan wanita berkerjaya membuatkan dia mengibaratkan diri mereka berdua mempunyai 'darjat' berbeza.

Selain menggunakan telefon pintar model terbaharu, pemuda itu turut mendapati wanita berkenaan memiliki kereta Honda City terkini, berbanding dirinya yang hanya menggunakan van yang sudah uzur.

"Van tinggal masa untuk 'sembelih'. Dengan van itulah saya buat beli barang niaga. Telefon pun pakai 'cikai' je. Saya ni jenis yang bukan kongsi kehidupan saya di media sosial sebab tak tahu apa yang perlu dikongsi," jelasnya.

Ada je perempuan yang dah ada semua, mereka tak pandang sangat harta.

WARGA MAYA

Sebagai lelaki, dia mengakui takut untuk berkenalan lebih dekat dengan pelanggan wanita itu, namun pada masa sama, kedua-dua mereka terus berhubung.

"Kedai saya akan bercuti selama tiga hari, jadi saya hebahkan di status WhatsApp. Boleh pula dia balas dan tanya pelbagai persoalan, nak makan apa nanti? Lapar la tak sarapan, tak tahu nak sarapan mana.

"Terkedu sekejap tak tahu nak balas apa. Nak je balas masak sendiri la. Tapi boleh ke? Kadang-kadang, kelakar bila fikir semula.

"Berpeluh saya nak balas, tak keruan dibuatnya. Ye la, orang putih sebut 'crush'. Apa perlu saya lakukan? Dalam dilema ni," katanya lagi.

Wanita berkerjaya sibuk dengan tugasan di pejabat. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, segelintir warga maya memintanya supaya bersikap lebih berani sekiranya sudah jatuh hati terhadap pelanggannya itu, atau melupakan saja hasrat untuk menjadi lebih rapat.

"Alahai lembab betul la kau ni dik. Hari cuti tu tunjuk la usaha cakap kalau nak makan, saya hantarkan ke rumah. Kedai tak buka hari ni. Hah macam itu.

"Belum cuba belum tahu. Dah cuba, bersiap sedia segala kemungkinan. Ada je perempuan yang dah ada semua, mereka tak pandang sangat harta. Janji lelaki itu baik, rajin bekerja, sedap mata memandang dan jaga agama.

"Cari yang sekufu dik. Bukan tak boleh level yang berlainan tapi lebih baik cari yang sama taraf. Tapi ketentuan Allah... kita tak tahu. Kalau dah jodoh tak kan ke mana. Doa yang baik-baik untuk diri," demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain