PENAMPILAN dan imej yang dibawakan seseorang boleh memberikan pelbagai gambaran kepada masyarakat sekeliling yang melihat.
Lazimnya fesyen atau cara berpakaian sudah cukup untuk menonjolkan imej atau peribadi seseorang individu.
Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa kesal dengan sikap seorang gadis berniqab yang dikatakan bermulut lancang.
Setiap lapisan masyarakat perlu menjaga adab. -Gambar hiasan
Menurut wanita itu, individu berkenaan dianggap mempunyai tahap kesabaran senipis kulit bawang, tidak sepadan dengan cara pemakaiannya yang bertudung labuh menutupi aurat.
"Saya semalam pergi kedai serbaneka, waktu nak masuk ke dalam kedai, tiba-tiba ada seorang gadis berpurdah di belakang saya cakap begini... jalan cepat sikit. Terkesima saya, apa masalah awak ni, nak pergi mana?
"Awak boleh je cakap baik-baik untuk minta laluan, dunia ni bukan awak seorang yang duduk. Saya cakap semua ni dalam kepala je, kalau terkeluar daripada mulut, takut benda lain yang jadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga Muslimah jual bra di TikTok, tak malu tunjuk ukuran di dada sendiri! Wanita minta jaga maruah, bimbang pandangan berahi lelaki
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berniqab enggan berhias, nak nikah ‘simple’... Keluarga mahu majlis meriah ikut adat, pengantin kena menari
"Mungkin ada yang tanya kenapa saya kena sebut tentang pakaian gadis tu, sebab saya rasa sayang sekali, aurat dah sempurna tutup, tapi adab tiada.
"Ingat, dalam Islam, kedua-dua aspek ni penting, tak boleh tinggalkan salah satu, kena bergerak seiring," ujar wanita berkenaan kecewa.
Maafkanlah dia, benda ni atas individu, bukan pemakaian.
WARGA MAYA
Melewati ke ruangan komen, warga maya berpandangan purdah kini menjadi trend kaum Hawa dan bukannya diamalkan setulus hati.
"Apabila seseorang itu berniqab, dia membawa imej wanita Muslimah secara keseluruhannya. Jika buruk akhlaknya, itu sebab timbul pelbagai stigma negatif tentang pemakaian purdah.
Pelayar bertukar pandangan.
"Dah macam-macam cerita yang aku dengar, antaranya puak inilah yang paling rajin menjatuhkan kawan sendiri, paling busuk hati dan paling pandai bertalam dua muka.
"Satu je saya nak cakap, jika kita memakai pakaian sunnah, ia seharusnya menjadi satu cerminan dalam setiap perkara yang kita lakukan ketika menjalani kehidupan harian.
"Maafkanlah dia, benda ni atas individu, bukan pemakaian. Jangan hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga," demikian kata warga maya.