suria

Demi ‘seat’ tepi tingkap, makcik sanggup tebal muka! Membatu diminta bangun, kru kabin cuba ‘settle’ pun tak dilayan

Jangan sesekali penting diri ketika menggunakan pengangkutan awam. -Gambar hiasan

KERUSI di dalam pesawat berbeza harganya bergantung kepada kedudukan, sama ada di bahagian hadapan, tengah, belakang ataupun di tepi tingkap.

Justeru, seorang penumpang tidak sewajarnya menukar tempat duduk sesuka hati melainkan atas budi bicara atau persetujuan pemilik kerusi.

Melalui satu hantaran di media sosial, seorang gadis terkesima apabila kerusi pesawat yang ditempah keluarganya diambil tanpa izin oleh seorang wanita lanjut usia.

Kerusi tepi tingkap menjadi rebutan ramai. -Gambar hiasan

Menurut gadis itu, individu terbabit ibarat bermuka tembok kerana tidak endah apabila diminta oleh kru kabin untuk kembali ke tempat duduk asalnya.

"Selalu aku dengar benda ni berlaku dekat orang lain, hari ni aku sendiri yang lalui. Kejadiannya begini, aku dengan keluarga seramai lima orang pergi bercuti naik flight. Tiga orang duduk kerusi sebaris, lagi dua terpisah duduk kerusi lain.

"Yang dua orang tu duduk kerusi 10A dan 10B, memang sudah tertulis dalam tiket. Untuk makluman, kerusi 10A tu adalah tepi tingkap. Tiba-tiba apabila kami pergi ke kerusi tu, kami nampak ada seorang makcik ni dah duduk di kerusi 10A.

ARTIKEL BERKAITAN: Kena balik sendiri naik ‘flight’, nenek ini gelabah tak tahu urusan di KLIA... Rupanya anak sibuk kerja, sempat ‘drop’ je!

ARTIKEL BERKAITAN: Pramugara dapat ‘arahan’ luar skop kerja! Nyanyi dalam flight dinaiki Michael Bolton, David Foster - “Otak saya jadi jam”

"Rupanya makcik tu kerusi dia sebenarnya dekat 10C. Kami pun minta makcik tu untuk beralih ke kerusi asal dia, tapi dia berkeras tak mahu, dia tegaskan 10A tu adalah kerusi dia. Kami panggil pramugara untuk tolong tegur pun tak jalan.

"Makcik tu hanya duduk buat tak tahu je, sikit pun tiada nak minta maaf, lagi panas hati sebab makcik tu orang Melayu kita juga. Sungguh tiada adab dan common sense," ceritanya kecewa.

Bagaimanapun, ketegangan berakhir apabila keluarga gadis itu akhirnya memilih untuk mengalah.

Tak tahu macam mana kalian boleh bersabar, sebab saya memang akan naik darah kalau dah kena pijak macam tu.

WARGA MAYA

"Adik aku yang sepatutnya duduk dekat kerusi 10A tu, tapi dia sejenis yang lembut hati. Dia cakap tak mengapa dan boleh je duduk mana-mana kerusi yang ada.

"Aku macam geram juga la, sebab kerusi tu adik aku yang beli, tapi sekarang orang lain duduk. Maksudnya kami yang rugi.

"Padahal makcik tu pun bercuti sekeluarga, ada ahli keluarga dia yang duduk sebelah tingkap, kenapa tak tukar sesama mereka je? Kami malas nak bergaduh sebab risau mengganggu ketenteraman dalam flight," ujar gadis berkenaan berang.

Pelayar bertukar pandangan.

Melewati ke ruangan komen, warga maya cuba mencari solusi sekiranya terjebak dalam situasi terbabit.

"Kalau saya berada di tempat awak, saya akan cakap macam ni... boleh nak ambil kerusi ni, tapi bayar saya. Macam tu baru adil, ini ibarat kita sponsor dia duduk dekat kerusi tu, secara percuma dia dapat tengok pemandangan cantik.

"Tak tahu macam mana kalian boleh bersabar, sebab saya memang akan naik darah kalau dah kena pijak macam tu. Tak kisah la makcik atau budak, semuanya saya 'sembur' terus, ini adalah hak kita.

"Sesetengah kita nampak benda ni remeh, tapi nanti di akhirat Tuhan akan tanya semula hak orang yang kita ambil," demikian kata warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain