TEMPOH berpantang amat penting buat golongan wanita yang mana kesejahteraan minda, emosi dan fizikal perlu dijaga rapi.
Bagaimanapun, seorang wanita yang baru bersalin dihalau keluar dari rumah ibu kandungnya ketika hari ketujuh berpantang.
Menurut wanita berusia 25 tahun ini, ibunya bertindak sedemikian kerana tidak suka dengan besan yang datang ke majlis kenduri akikah yang diadakan di rumah mereka.
Situasi ini juga membuatkan wanita ini serba salah terhadap suaminya sehingga ingin memfailkan penceraian.
Ramai wanita melalui tempoh berpantang yang menyedihkan. -Gambar hiasan
“Baru dapat anak pertama. Hari ketujuh berpantang. Mak aku halau aku dari rumah. Kebetulan hari tu buat kenduri akikah anak.
“Alasan halau sebab mak mentua aku datang tengok bayi dan dia (mak) tak suka besan,” luahnya, sedih.
Lebih membuatkan dia pilu, ketika diusir bayinya sedang mengalami banyak komplikasi dan pelbagai urusan perlu dilakukan untuk berpindah ke hospital lain berdekatan rumah.
“Dah la waktu tu bayi aku ada banyak komplikasi. Kitaorang terpaksa keluar bawa semua barang dari rumah.
ARTIKEL BERKAITAN: Lima hari berpantang dah nak gila! Wanita rasa dikurung di rumah mentua... Hanya makan roti kosong, tidur atas toto nipis
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dalam pantang stres sampai rasa nak bunuh bayi, suami rimas mengadu letih... Tetap tak sokong childfree marriage
“Kemudian pergi ke hospital untuk ambil tiga surat berlainan untuk rujukan alih kes bayi ke hospital lain dekat dengan rumah kitaorang.
“Memang trauma kalau diingatkan balik,” katanya.
Jelasnya, sejak kejadian diusir, dia berada dalam keadaan tersepit kerana suami memberi amaran supaya tidak membenarkan ibunya dan beberapa individu lain berjumpa bayi mereka.
“Suami banyak kali bagi amaran, mak aku dan beberapa orang lain terlibat dengan hal tu (dihalau) tak dibenarkan jumpa anak aku dah.
Alasan halau sebab mak mentua aku datang tengok bayi dan dia (mak) tak suka besan.
ANAK
“Suami aku kali pertama tengok mak aku 'menggila' marahkan aku. Aku pula sudah biasa, sebab dibuang dari kecil. Yang jaga aku, makcik aku,” katanya.
Wanita ini juga memberitahu sejak kecil dia kerap dimarahi dan dihalau ibunya sehingga dia terpaksa berjalan kaki ke rumah ibu saudara.
Apabila dia ke rumah ibu saudara, ibunya akan menipu bapa bahawa dia bertindak lari dari rumah.
“Bila umur 12 tahun, ayah aku berkeras nak jaga aku. Itu pun aku kerap kena halau dengan mak. Jalan kaki dengan kain baju pergi rumah makcik.
Tempoh berpantang adalah waktu penting untuk menjaga kesihatan diri. -Gambar hiasan
“Mak akan cakap kat ayah yang aku lari rumah. Ayah percaya mak. Mungkin sebab itu ayah diam bila aku kena halau masa dalam pantang,” ujarnya lagi.
Kini, katanya, ibu bapa dan mentuanya merancang datang ke rumahnya untuk melihat cucu mereka pada waktu yang sama.
Perkara ini mencemaskan dirinya yang masih trauma dengan kejadian dihalau.
“Aku memang nervous betul sampai menangis. Aku trauma. Suami suruh call ayah jangan datang dan balik saja.
“Aku serba salah dan aku kesiankan ayah. Ayah sebenarnya selalu je lebih serta manjakan aku. Mak aku cemburu sebab tu selalu halau aku,” luahnya.
Tambah wanita ini lagi, dia juga simpati dengan suaminya kerana perlu menghadap ragam ibu kandungnya.
Menurut wanita berkenaan, disebabkan perkara ini jugalah dia ingin memfailkan penceraian terhadap suami.
“Sekarang aku kesian dekat suami sebab kena macam-macam dengan mak aku. Tapi aku tak boleh buang mak ayah. Patut tak aku bercerai je?
“Masa aku kat kampung, mak aku tuduh suami beli ikan perut pecah untuk lauk pantang, dia (mak) bodohkan suami aku sebab salah sidai kain.
“Mak aku tuduh suami aku tak bagi duit beli lauk dan sorok barang suami aku. Aku tahu selepas kena halau tu. Suami aku pendam,” ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube