MEROKOK dekat dengan wanita hamil bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan ibu tetapi bayi dalam kandungan.
Apabila terdedah kepada asap rokok, ibu dan bayi dalam kandungan secara langsung dan tidak langsung menjadi perokok kedua melalui asap yang dilepaskan, sebelum melekat di pakaian dan barangan lain..
Seorang wanita hamil berkongsi posting meluahkan rasa marah terhadap tindakan suaminya yang tidak mahu berhenti merokok.
Bukan hanya enggan berhenti, sikap suami yang ambil mudah soal kebersihan diri selepas merokok juga membuatkan dia lebih bimbang memikirkan kesihatan bayi dikandung.
Rokok atau vape kedua-duanya membahayakan kesihatan. -Gambar hiasan
“Bantal tidur bau asap rokok, kalau anak mati, aku cari kau (suami) dulu.
“Masuk 10 kali aku pesan berhenti merokok, tapi satu kotak kau habiskan sehari. Kau sabar sekejap, satu persatu aku cerita kat ibu kau balik Ipoh nanti.
“Sudahlah hari tu kau gosok baju tak tutup seterika dari pagi sampai petang. Tunggu rumah bapa mentua terbakar ke macam mana? Bukan sekali, tapi berulang kali,” dia meluahkan rasa geram terhadap suami.
Wanita ini mendakwa, sebelum berkahwin suaminya tidak merokok tetapi menghisap vape.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ‘tersakiti’... Tak boleh terima hakikat ada perempuan ‘reject’ calon suami perokok, hisap vape
ARTIKEL BERKAITAN: Geram dapat jiran suka merokok di balkoni, bau asap melekat di pakaian! Tegur baik-baik tapi tak ‘jalan’
Bagaimanapun, suaminya mula menunjukkan belang beberapa bulan selepas berkahwin malah berubah sikap apabila mengetahui dirinya hamil.
“Aku masih boleh terima dia (suami) vaping sebab bau tak melekat. Bila dia (suami) mula merokok, balik rumah tak mandi terus baring atas katil tu buat aku marah.
“Makin larang, makin teruk. Sebab dia spesis monyet liar degil. Doktor dah beritahu jangan smoke depan bini.
“Dia (suami) masuk telinga, tapi tetap vaping hembus kat muka bini (isteri). Ambil la suami saya ni tolong hantar neraka jahannam. Penat bela dah!” katanya lagi.
Bantal tidur bau asap rokok, kalau anak mati, aku cari kau dulu.
ISTERI
Menurut wanita ini, dalam tempoh setahun perkahwinan dia kerap menggertak untuk bercerai kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu.
“Bukan setakat marah, pulas telinga pun dah kena, lempang pun dah, gertak cerai banyak kali. Jenis degil tak jadi apa.
“Tak tahu sampai bila kena hadap. Bila saya tertekan dengan perangai dia, saya akan menangis sebelah dia (suami) tapi dia (suami) buat tak tahu atau tak tanya sebab menangis.
“Dia (suami) takut dengan ibu saya, setiap kali saya mengadu dia (suami) akan tegur saya. Ibu saya gemar ‘tazkirah’ panjang berjela,” ujarnya.
Lebih 7,000 bahan berbahaya terkandung dalam sebatang rokok. -Gambar hiasan
Perkongsian wanita ini mendapat perhatian netizen dengan ada jyang menyarankan beberapa kaedah untuk suaminya berhenti merokok.
"Semoha urusan awak dipermudahkan. Apabila wanita nak cari calon suami tak merokok, dikatakan memilih.
“Aku sebagai lelaki memang pantang tengok lelaki hisap rokok bau rokok pegang anak. Macam tak ada otak.
“Suruh dia bersukan, pasti kurang hisap rokok.
“Masa bercinta dulu tahu pun lelaki dia macam tu tapi nak juga kan?
“Tapi kenapa tak terus marah yang awak sebut tu?" demikian antara komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube