suria

Wanita naik menyampah dengar lelaki sembang ‘kencang’ dalam lif... Langsung tiada etika, tak fikir bayi tidur dalam ‘stroller’

Setiap daripada kita perlu menggunakan lif dengan etika yang betul. -Gambar hiasan

CAKAP biar serupa bikin.

Ramai dalam kalangan masyarakat yang petah berkata-kata memberikan teguran, namun hakikatnya seperti tin kosong.

Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa lucu dengan sikap dua rakan yang berdegar-degar membincangkan soal masa depan, tetapi dilihat gagal melepasi ujian pertama mereka.

Ibu dan ayah perlu memainkan peranan untuk menjaga anak. -Gambar hiasan

Menurut wanita berkenaan, kisah itu bermula ketika dia membawa anak kecilnya memasuki lif di sebuah pusat beli-belah.

"Aku pergi sebuah mall ni, aku bawa bayi menggunakan kereta sorong. Masa di dalam lif tu, anak aku sedang tidur dengan nyenyak. Kemudian masuk dua orang lelaki ni, makanya kami bertiga orang dewasa di dalam lif tu.

"Sementara nak sampai ke aras masing-masing, aku sempat curi dengar perbualan mereka berdua. Daripada gaya percakapan, aku dapat rasa mereka ni belum berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Malu sikap ibu bapa saudara, opah kena strok semua ‘laju’ balik kampung! Sibuk dengan agenda bincang harta

ARTIKEL BERKAITAN: Duduk dekat asyik bertekak, kalau jauh rindu pula! Rumah ibu bapa boleh jadi lubuk pahala atau dosa, anak tersepit buat keputusan

"Topiknya tentang anak. Seorang daripada mereka cakap begini... kalau aku ada anak nanti, lepas tu ada orang buat bising waktu dia (anak) tengah tidur, memang aku terus siku orang tu.

"Masalahnya awak pun bercakap dengan nada kuat di sebelah anak aku yang sedang tidur. Lelaki tu perasan je ada bayi dalam kereta sorong ni waktu masuk lif tadi. Jadi apa benda yang kalian cuba buktikan sekarang?" ujarnya ralat.

Mindset tu dah bagus, tapi tak selaras dengan tindakannya.

PENGADU

Bagaimanapun, wanita itu memuji semangat yang dimiliki lelaki berkenaan.

"Kita ni bersabar je la dengar, mindset tu dah bagus, tapi tak selaras dengan tindakannya," kata wanita itu berseloroh.

Pelayar bertukar pandangan.

Melewati ke ruangan komen, warga maya dilihat terhibur dengan perkongsian wanita terbabit.

"Mungkin tanpa sedar, itu petunjuk daripada lelaki tersebut untuk minta disiku. Sebab apa yang dia cakap tu macam merujuk sepenuhya kepada diri dia kembali.

"Salah faham tu sis, dia cakap tentang anak dia, anak orang lain belakang cerita. Ini contoh paling terbaik, orang buat dia tak boleh, dia buat orang boleh," demikian kata warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain