suria

Bab nak komisen memang laju! Jurujual pemalas tak malu mengaku layan pelanggan pilih selipar, tebal muka menipu

Jurujual bertanggungjawab untuk membantu dan memberikan layanan kepada setiap pelanggan. -Gambar hiasan

SIKAP jujur dalam pekerjaan adalah asas kepada integriti peribadi dan profesionalisme seseorang.

Namun dalam dunia yang serba mencabar ketika ini, tidak dinafikan ada segelintir individu yang sanggup berkelakuan tidak jujur bagi mendapatkan habuan dan komisen tertentu.

Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang pelayar berkongsi cerita ketika dia berdepan dengan individu tidak jujur dalam pekerjaan untuk dijadikan pengajaran bersama.

"Masuk satu kedai kasut ni. Nak cari selipar sebab selipar lama dah nipis dan haus.

"Tengah belek-belek selipar, tak ada seorang pun pekerja yang datang menyapa. Tapi kita okay je sebab beli, bayar dan kemudian balik.

jurujual 2

Kepuasan pelanggan adalah penting bagi menjamin kejayaan sesebuah perniagaan. -Gambar hiasan

"Dah cuba selipar, saiz pun ngam, teruslah ke kaunter nak buat bayaran," ceritanya.

Menurut pelayar berkenaan, ketika bersedia membuat pembayaran untuk sandalnya, dia tidak menyangka berlaku satu 'drama' yang agak mengejutkan.

"Cashier tanya kepada beberapa pekerja di situ... siapa yang layan akak ni ya?. Tak ada seorang yang menyahut. Jadi cashier pandang muka saya dan tanya... siapa layan akak tadi?

ARTIKEL BERKAITAN: Malu kena ‘reject’ satu hal, wanita sering jadi bahan lawak rakan ofis sejak luah perasaan terhadap bos

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja baharu dipulau rakan ofis... Syak sebab terlalu jujur bercerita dengan bos tentang cara kerja staf senior

"Saya senyum nipis dan jawab... tiada siapa puan, kenapa ya?. Jawab cashier semula, katanya nak key-in dalam sistem. Cashier masih lagi bertanya-tanya kepada kawan-kawannya.

"Dipendekkan cerita, datanglah seorang staf cakap... saya layan akak ni tadi. Key-in nama saya. Lepas tu cashier pandang muka saya pula dan bertanya lagi... akak, betul ke dia layan akak tadi?. Saya jawab ringkas, tidak," ceritanya mengimbas kembali situasi di kaunter juruwang berkenaan.

Tambah pelayar tersebut, ketika itu wajah pekerja berkenaan berubah memandangkan dia sudah 'terkantoi'.

Tolonglah layan semua pelanggan seperti potential customer. Beli atau tidak, belakang kira.

NETIZEN

"Dia cakap... saya tak sempat layan akak ni tadi, tapi saya nampak dia tengah tengok selipar. Key-in la nama saya.

"Saya pun menyahut pada cashier... letak saja nama dia, anggaplah saya bersedekah pada dia, mungkin dia betul-betul memerlukan (komisen)," sambungnya sambil menambah, juruwang kemudian memohon maaf kepadanya di atas kekurangan layanan pihak mereka.

Sekadar berkongsi kisahnya di laman sosial, pelayar tersebut berkata tujuannya adalah supaya setiap orang perlu bersikap jujur lebih-lebih lagi ketika bekerja kerana ia melibatkan keberkatan rezeki.

komen kedai kasut

Antara komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

"Kerja kena jujur. Nasib baik jumpa saya yang jenis tak banyak cerita dan tiada masalah. Tapi kalau jumpa pelanggan yang jenis tak boleh buat salah, lain pula ceritanya nanti," akhirinya.

Di ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji sikap toleransi dan baik hati pelayar berkenaan selain ada yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.

"Berlaku pada saya. Selalu dipandang sepi je kalau masuk kedai kasut di area bandar saya tinggal. Tengok macam kita tak ada duit kot.

"Tolonglah layan semua pelanggan seperti potential customer. Beli atau tidak, belakang kira. Yang penting kita buat kerja bantu pelanggan," demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain