suria

Lepas ‘scan’ terus campak! Suami isteri hilang sabar hadap juruwang ‘moody’, sempat bagi ‘sepatah dua kata’ sebelum beredar

Komunikasi dua hala antara pelanggan dan juruwang di kaunter pembayaran. -Gambar hiasan

PEKERJAAN dalam bidang khidmat pelanggan memerlukan kesabaran tinggi kerana harus berhadapan dengan kerenah manusia yang pelbagai.

Namun ia bukanlah satu alasan untuk seseorang itu berkelakuan biadab ketika menjalankan tugas.

Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita berkongsi kisah menjengkelkan yang dilalui dia dan suami ketika membeli-belah di sebuah pasar raya.

Barang dapur antara item yang sering dibeli di pasar raya. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, ketika membuat pembayaran di kaunter, juruwang yang bertugas dikatakan bertindak biadab dipercayai kerana kepenatan bekerja.

"Adik, saya faham lumrah pekerjaan sebagai seorang juruwang. Tapi itu bukanlah tiket untuk awak kurang ajar sampai campak barang-barang yang sudah diimbas.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dibayar jadi cashier, bukan isi barang” - Sikap biadab juruwang undang padah, pelanggan wanita ini balas jawapan ‘padu’

ARTIKEL BERKAITAN: 30 minit tiada pembeli, cashier hampir terlelap... Pemuda ramal beberapa kedai bakal terkubur, bisnes online ‘sapu bersih’ pelanggan

"Kalau fikiran tengah kusut, pergilah berehat sekejap, ambil masa untuk bertenang. Jangan sampai pelanggan menjadi tempat untuk melampiaskan kemarahan.

"Padahal waktu kejadian tu, suami siap tolong masukkan barang ke dalam beg plastik, awak tinggal scan je. Itupun awak masih berkasar dengan kami, barang yang kami beli dicampak macam tu je.

Nak bekerja tu kena la ikhlas, kalau tahu diri tak mampu jadi juruwang jangan cuba-cuba.

WARGA MAYA

"Masa tu saya masih menahan sabar, tapi akhirnya suami yang 'meletup' dulu. Minta maaf la adik atas apa yang berlaku, sebelum keluar daripada pasar raya, saya sempat pesan dekat adik tu... kalau penat, rehat," ujarnya mengenang detik kejadian.

Melewati ke ruangan komen, warga maya yang pernah bekerja sebagai juruwang berkongsi pengalaman masing-masing serta pandangan mereka dalam permasalahan itu.

Pelayar bertukar pandangan.

"Kerja sebagai juruwang ni tak penat sangat pun sebab kebanyakan masa hanya duduk, tapi mental boleh terjejas apabila kena hadap perangai manusia yang bermacam rupa, sampai hampir anxiety.

"Gaji pun tak banyak mana, tak setimpal dengan stres, cukuplah saya kerja sekali je sebagai juruwang, tak mahu lagi dah. Saya tabik 'spring' dengan sesiapa yang boleh bekerja sebagai juruwang untuk jangka masa lama.

"Nak bekerja tu kena la ikhlas, kalau tahu diri tak mampu, jangan cuba-cuba. Cari kerja dalam pejabat yang tak perlu berurusan dengan orang, buat hal sendiri je, itu pasal penting belajar bagi pandai," demikian kata warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain