suria

Wanita gadai rantai emas nak bagi anak-anak makan... Malang dapat suami tak guna, hanya tahu teguk ketum!

Mereka yang ketagihan ketum kebiasaannya boleh memudaratkan seluruh ahli keluarga. -Gambar hiasan

SIKAP tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri adalah antara punca berlakunya krisis rumah tangga hingga mendorong kepada penceraian.

Menerusi perkongsian seorang wanita di media sosial, kesabarannya sudah mencapai tahap maksima apabila suaminya didakwa culas dalam urusan nafkah.

Bukan itu sahaja, berdasarkan luahan di grup Tanya Peguam di Facebook, wanita yang tidak mendedahkan identiti itu meluahkan rasa kecewa dan putus harapan kerana suaminya juga berdepan masalah ketagihan ketum.

Ketagihan air ketum boleh menjadi punca keretakan rumah tangga. -Gambar hiasan

"Saya mencari peguam untuk kes cerai dan hak penjagaan anak. Sebelum ni sudah pernah nak bercerai.

"Kami rujuk semula sebab suami berjanji tak akan ambil ketum lagi... tapi nampaknya lepas bagi peluang tetap sama," jelasnya dalam hantaran di Facebook itu.

Mengakui sudah beberapa kali cuba untuk menyelamatkan perkahwinan, namun sikap dan tingkah laku suami yang tetap gagal memenuhi keperluan keluarga membuatkan dia berputus asa.

Jelas pengadu itu lagi, keadaan menjadi lebih parah apabila dia terpaksa menggalas tugas mencari nafkah untuk menyara keluarga sejak tiga tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri rasa diri macam pelacur, suami tak menyempat keluar cari ketum selepas ‘bersama’... Bertahan sebab sayang keluarga mentua

ARTIKEL BERKAITAN: Duda pujaan jujur mengaku diri kaki ketum, wanita tak jadi nikah walau hati dah sayang - “Dia kata herba, otak saya fikir dadah”

"Nafkah tak bagi dengan alasan duit tak ada sedangkan wang dia habis beli air ketum saja.

"Sudah tiga tahun saya tidak dapat nafkah daripada suami. Makan minum anak-anak semua saya yang sediakan," katanya lagi.

Luahan yang dikongsikan wanita ini mendapat reaksi netizen yang kurang senang dengan sikap suami pengadu.

Nafkah tak bagi dengan alasan duit tak ada sedangkan wang dia habis beli air ketum saja.

PENGADU

Selain mempertikaikan harga bagi sebungkus air ketum, warga maya turut menasihati wanita ini supaya meninggalkan suaminya.

"Mahal sangat ke ketum sampai dia tak boleh bagi anak isteri makan? Satu bungkusan RM100? Ni yang 'tahi' ketum perjuangkan hak ketum ni.

"Lelaki yang kaki ketum ni elok tinggalkan je. Jangan bagi peluang dah. Biar dia menyesal dengan perbuatan tu. Ajar sikit puan, kasihan keluarga kalau suami toksik macam ni," kata netizen.

Komen netizen di Facebook.

Selepas dihujani pelbagai komen warga maya, pengadu turut memberi respons kepada pertanyaan netizen mengenai ketagihan ketum suaminya itu.

"Pernah saya dan anak-anak nak makan, tapi dia buat tak tahu je. Sampai bergadai rantai emas saya.

"Ada juga kadang-kadang saya ikut dia... dia kata nak jumpa kawan tapi sebenarnya pergi beli air ketum. Setiap hari dia beli. Ada masanya kawan dia hantar dekat rumah," ujar wanita itu membalas salah satu komen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain