suria

Rider ‘off duty’ pesan makanan tapi silap bagi alamat! Angkuh maki geng sendiri sebab hantar ke lokasi lain

Salah satu cabaran golongan rider adalah pelanggan tidak meletakkan lokasi penghantaran yang tepat. -Gambar hiasan

BERDEPAN kerenah pelanggan adalah antara dugaan yang perlu dihadapi oleh pekerja penghantaran makanan (rider).

Salah satu masalah yang biasa dihadapi oleh rider adalah pelanggan tidak peka bila waktunya makanan akan tiba, salah alamat dan sebagainya.

Perkara ini secara tidak langsung menyusahkan rider kerana mereka terpaksa menghabiskan lebih banyak masa untuk mencari lokasi yang tepat atau menunggu pelanggan mengambil makanan jika menggunakan kaedah Cash on Delivery (COD).

Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang rider meluahkan rasa geram dengan sikap seorang pelanggannya yang bukan sahaja tidak memberi alamat tepat, tetapi banyak 'songeh' (cerewet).

Malah menurutnya, pelanggan tersebut tidak menjawab panggilan yang dibuatnya sebanyak dua kali ketika mahu bertanyakan lokasi rumah yang betul.

rider 2 new

Tangkap layar (screenshot) perbualan rider dengan pelanggan berkenaan.

Lebih membuatkan rider tersebut 'panas', pelanggan berkenaan hanya menghubunginya selepas 20 minit pesanan dihantar dan memberitahu makanan dihantar ke rumah yang salah.

"Salah rumah ni dik... adik kena video call akak. Dik, call boleh tak, jangan read saja. Rate satu bintang nanti," demikian mesej yang ditulis oleh pelanggan tersebut.

Tangkap layar (screenshot) mesej yang dihantar wanita itu dikongsi oleh rider tersebut di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Bengang peniaga tak bagi sambal, pelanggan beri rating 0 untuk rider! Enggan dengar alasan, anggap kedua-dua pihak salah

ARTIKEL BERKAITAN: Baru nak hulur tangan, pelanggan letak duit atas meja... Pelan-pelan peniaga cucur udang kutip sambil senyum

Dalam jawapan kepada mesej pelanggan tersebut, rider berkenaan berkata dia sudah berkali-kali menelefon dan menghantar mesej namun langsung tidak dijawab.

"Akak lain kali, tolonglah perhatikan telefon. Saya hantar dekat 'pin' lokasilah," jawabnya.

Tanpa rasa bersalah, pelanggan tersebut mengakui dia bermain game ketika itu, manakala telefonnya pula berada di dalam bilik.

Dah la tak angkat call, alasan main game lepas tu carut pula rider. Memang mendidih otak aku baca.

NETIZEN

"Saya call dan chat pun tak balas macam mana. Saya tanya orang nama *** pun orang tak kenal," jawabnya kepada pelanggan tersebut.

"Weh ba***, aku pun rider juga," demikian pula balasan mesej pelanggan tersebut gara-gara tidak puas hati dengan jawapan rider berkenaan.

Perkongsian rider itu mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya meluahkan rasa geram dan kesal dengan sikap pelanggan terbabit.

komen rider

Netizen turut meluahkan geram dengan sikap pelanggan berkenaan.

Malah mereka menyokong tindakan rider berkenaan menularkan pengalamannya sebagai pengajaran kepada orang lain.

"Dah la tak angkat call, alasan main game lepas tu carut pula rider. Memang mendidih otak aku baca.

"Kalau aku, call tak balas dan chat tak reply. Aku call customer service, aku terus drop je dekat pin location. Pergi mati sama dia, yang penting kita dah report.

"Sepatutnya rider yang paling faham kerja rider," demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain