GENERASI Z adalah gelaran kepada golongan yang lahir pada 1997 hingga 2012 yang kini berusia antara 27 hingga 14 tahun.
Golongan ini membesar dalam perkembangan teknologi baharu yang mana segala-segalanya terletak di hujung jari.
Zaman digital pastinya memberi kelebihan buat mereka namun, jika dilihat kepada sikap, jati diri mereka tidak sekuat generasi terdahulu.
Kebanyakannya dilihat terlalu manja dan dimanjakan menyebabkan mereka menjadi lemah terutama dari segi emosi dan mental.
Persekitaran kerja akan membuatkan seseorang itu lebih berdikari dan berdaya saing. -Gambar hiasan
Sebagai contoh, seorang wanita dalam kalangan Generasi Z dikecam di media sosial kerana memberi alasan tidak masuk akal apabila ditanya tentang punca dia berhenti kerja.
Wanita itu pada awalnya membuat posting di media sosial meminta bantuan warganet kerana dia sukar mendapat pekerjaan selepas berhenti kerja bersama seorang lagi rakan.
"Tolong aku. Dulu kawan aku yang suruh resign (berhenti) dah dapat kerja. Aku belum lagi weh. Padahal ada degree (ijazah) UiTM (Universiti Teknologi Mara) lagi tu.
"Badan aku kurus, aku rasa aku cantik je huhu. Tapi masa interview (temuduga) tak ada orang nak accept (terima) aku," kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Budak mentah, tak ada adab!” - Wakil syarikat bengang Gen Z ‘lenggang kangkung’ datang temu duga, tak bawa dokumen lengkap
ARTIKEL BERKAITAN: Calon pekerja Gen Z mungkir janji, tak muncul sesi temu duga... Paling mengejutkan siap ‘block’ bakal majikan di WhatsApp!
Dia memberi alasan berhenti di syarikat lama kerana menganggap di sana terdapat ramai pekerja toksik termasuk majikannya.
Dia juga berpandangan bahawa mereka tidak memahami sikap dan kehendak golongan Generasi Z seperti dirinya.
"Koyak mental aku dengan mereka ni tak kan faham Gen Z macam aku ni. Semua komen toksik. Geng kawan-kawan umur Gen Z je faham macam mana dunia kerja sepatutnya. Kolot dan ketinggalan zaman sangat," katanya.
Reaksi netizen
Perkongsian itu mengundang persoalan dalam kalangan netizen yang kemudiannya bertanya apa yang membuatkan dia membuat keputusan drastik berhenti kerja.
"Masa tu bos kami marah-marah. Kami tak biasa kena marah dekat rumah huhu," kata wanita berkenaan.
Rata-rata dalam kalangan netizen berasa lucu sebaik mendapat tahu punca dia berhenti kerja.
Semua tempat pun prinsipnya bos akan ada yang marah-marah, terutama kalau buat kerja salah.
NETIZEN
"Akak sebenarnya nak bagi tip dan nasihat tapi lepas baca ayat kau ni akak bagi gelak jelah ahahahhahaa.
"Dik, sekadar pesanan. Tiada kerja kat dunia yang tak ada bos marah-marah. Semua tempat pun prinsipnya bos akan ada yang marah-marah, terutama kalau buat kerja salah," demikian antara komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube