BAGI ibu bapa yang melakukan perjalanan bersama anak-anak, berhenti seketika untuk ke tandas merupakan satu perkara biasa.
Sama ada ketika dalam perjalanan ke destinasi jauh atau pun dekat, situasi ini sedikit sebanyak pasti menguji kesabaran.
Begitu juga dengan situasi yang dilalui pasangan muda ini apabila mereka terpaksa memberhentikan kenderaan di bahu jalan, gara-gara 'anak kecil' mereka mahu membuang air besar.
"Apabila kau nak jalan-jalan, tapi anak kau sakit perut. Eh Sumbul, kau nak berak ke tak nak?" kedengaran suara seorang wanita yang sedang menunggu 'anaknya' melepaskan hajat di luar.
'Daddy' setia menemani Mat Sumbul di luar.
Apa yang melucukan, menerusi perkongsian di media sosial 'anak kecilnya' itu kelihatan berjalan-jalan di tepi rumput seperti sedang mengambil 'mood' dan mencari lokasi yang sesuai.
Namun, 'anak' yang diberi nama Mat Sumbul itu bukanlah seorang bayi tetapi seekor anak kucing.
Menerusi video berdurasi 24 saat dikongsikan akaun @cik.singa di laman TikTok, turut kelihatan suaminya mengekori 'anak' mereka dari belakang dan sedia menemani si bulus itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Lepas intai keranda Kak Timah, si bulus terus rebah tepi liang lahad... Setia tunggu selesai pengebumian
ARTIKEL BERKAITAN: Si bulus boleh diharap jadi penunggu rumah masa raya, hebat pula memburu - “Keliru Miko ni kucing ke anjing”
"Tadi dekat rumah tak nak berak... menyampah betullah," tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian wanita berkenaan mengenai gelagat lucu haiwan kesayangan yang sudah dianggap seperti anak sendiri itu menjadi tular apabila meraih 3.6 juta jumlah tontonan setakat ini.
Daddy jadi bodyguard anak kaki empat nak berak. So sweet.
NETIZEN
Ramai yang melontarkan pertanyaan mengenai bagaimana wanita itu mengetahui jika si bulus berkenaan mahu membuang hajat.
"Dia mengiau dalam kereta macam orang tak tentu hala, bagi susu, wet food tak nak makan, jadi tahu la yang dia nak kencing atau berak.
"Dia dah kencing dulu dalam bekas tapi masih mengiau. Sumbul ni dia toilet training, jadinya dia nak toilet juga baru dia teran betul. Kalau tak, dia duk gedik-gedik macam ni.
"Sebab tu daddy dia sanggup park tepi dan lepaskan dia dekat luar. Dia takkan berak kalau dia rasa tempat tu tak selamat. Banyak songeh weh 'budak' ni," tulisnya lagi.
Antara komen lucu netizen.
Menjengah ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat si bulus berkenaan dan kesabaran 'si bapa' menemaninya membuang air besar.
"Dengan sabar menunggu budak kecil tu.
"Hanya mak dengan bapa je tahu segala kemahuan anak.
"Haha... Daddy jadi bodyguard anak kaki empat nak berak. So sweet," demikian antara komen netizen.