suria

Pemuda menangis dalam kereta lepas dapat kopi latte, sandwic tuna... Tak sangka ada hamba Allah sudi belanja pukul 3 pagi

Banyak ganjaran menanti untuk orang yang bermurah hati. -Gambar hiasan

BERBUAT baik sesama insan merupakan satu amalan yang disyorkan agama.

Bantuan yang diberikan secara ikhlas pasti besar maknanya kepada mereka yang sedang dilanda kesulitan.

Melalui satu hantaran di media sosial, seorang lelaki menzahirkan rasa terharu susulan menerima pertolongan daripada pasangan suami isteri yang tidak dikenali.

Rasa syukur teramat apabila bantuan tiba dengan cara yang tidak disangka-sangka. -Gambar hiasan

Menurut lelaki itu, pada mulanya dia singgah di sebuah stesen minyak untuk membeli makanan dan minuman bagi bekal perjalanan, namun menghadapi rintangan apabila kaedah pembayarannya menerusi kad debit tidak diterima sistem.

"Masa tu pukul 3 pagi. Aku berhenti di stesen minyak sekitar Bentong, Pahang menghala arah timur. Niat asalnya nak beli kopi latte yang dalam tin tu bagi celik mata, tapi tiada dijual dekat stesen minyak ni.

"Jadi aku pun pergi ke kedai donut di sebelah stesen minyak, aku order kopi latte ais dan sandwic tuna. Masalahnya apabila aku nak bayar, kad aku ditolak dan transfer pun tak boleh, mungkin sistem bank tengah tergendala.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah pin tudung buat hati wanita berbunga-bunga... Lega hamba Allah baik hati muncul di surau, dapat solat Maghrib sempurna

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan naik motosikal tengah malam rentas 300km demi bantuan laptop... Suami tak pandai belajar sokong isteri masuk universiti

"Aku anggap bukan rezeki, aku batalkan order dekat juruwang, aku terus keluar nak kembali ke kereta. Tiba-tiba ada seorang wanita ni panggil aku, dia cakap begini... adik, ambil la, saya bayar.

"Aku pada mulanya cuba menolak sebab segan, tapi wanita tu berkeras juga untuk bayarkan. Suami dia dekat sebelah pun minta aku terima. Wanita tu cakap, hari ni dia bantu aku, esok mungkin giliiran dia pula dibantu," imbas lelaki itu.

Lelaki tersebut mengakui hatinya berbunga apabila pembeliannya berjumlah RM24.30 itu dibayar sepenuhnya oleh wanita terbabit.

Saya yakin awak pun orang baik, sebab itu Allah hantar bantuan menerusi orang baik juga.

WARGA MAYA

"Aku ada minta nombor telefon wanita tu, nanti boleh transfer semula apabila sistem bank aku dah okay. Tapi wanita tu menolak, dia kata tak seberapa pun yang dia bayarkan tu.

"Sejujurnya aku berat hati untuk dibelanja, aku nak bayar semula. Terima kasih banyak ya akak dan suami, semoga sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dilindungi daripada bala bencana.

"Sebelum akak tu gerak, kami sempat melambai, aku ucap terima kasih sekali lagi dari jauh. Masuk je kereta, aku terus menangis, sememangnya orang baik itu masih wujud," ujarnya menutup perkongsian.

Pelayar bertukar pandangan.

Melewati ke ruangan komen, warga maya berkata rezeki Tuhan itu tidak pernah salah alamat.

"Saya yakin awak pun orang baik, sebab itu Allah hantar bantuan menerusi orang baik juga.

"Bantuan yang diberikan wanita tu pasti akan digandakan semula kepadanya nanti," demikian kata warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain