suria

Isteri panggil pasangan ‘geng kunyit’, ungkit sejarah silam! Tergamam teringat suami pernah ugut... “sebut lagi, jatuh”

Seorang wanita bimbang isu gurauan boleh menyebabkan terjatuh talak. -Gambar hiasan

LAFAZ cerai dan talak bukan perkara yang boleh dijadikan gurauan dan mainan dalam kehidupan berumah tangga.

Buruk padahnya jika ia terjadi dalam perkahwinan, pasti menangis tak sudah.

Seorang wanita berada dalam keraguan hingga terpaksa meminta pandangan orang ramai dek kerana kata-kata gurauan antara dia dan suami yang tidak jelas maksudnya.

Ikatan perkahwinan boleh terlerai kerana gurauan hingga terjatuhnya talak. - Gambar hiasan

Ikatan perkahwinan boleh terlerai kerana gurauan hingga terjatuhnya talak. - Gambar hiasan

"Nak tanya, kalau suami cakap... kalau (kamu) sebut kunyit lagi (sekali) jatuh.

"Kemudian isteri pun sebut kunyit.

"Lepas tu suami cakap dia ugut je bukan maksudkan jatuh tu sebagai jatuh talak," kata wanita berkenaan di grup Facebook berkaitan permasalahan syariah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi mesej dengan anak ikan siap bersayang-sayang, isteri reda dapat suami gay... Usaha putuskan hubungan songsang gagal!

ARTIKEL BERKAITAN: Malang nikahi lelaki gay, bertahan atau minta cerai? Ustazah minta isteri teraniaya buat langkah ini dulu

Tambah wanita itu, suaminya turut bersumpah bahawa dia tiada niat untuk menceraikan si isteri.

"Dia bersumpah tiada niat untuk cerai. Sekadar ugut supaya isteri takut, ayat dia pun sekadar 'jatuh' sahaja," katanya lagi menerangkan apa yang terjadi.

Berdasarkan perkongsian wanita berkenaan, pasangan itu berkemungkinan sedang bergurau dengan si isteri menyakat suaminya dengan panggilan 'kunyit'.

Iya (suami gay), sebelum kahwin lagi... Jadi saya ungkit perkara tu dan dia pun ugut saya.

PENGADU

Dalam slanga generasi masa kini, difahamkan 'kunyit' yang disebut itu merujuk kepada golongan homoseks lelaki.

Ia diperkukuhkan lagi apa apabila wanita berkenaan mengakui suaminya seorang homoseksual sebelum mereka berkahwin selepas ditanya netizen.

"Iya (suami gay), sebelum kahwin lagi. Jadi saya ungkit perkara tu dan dia pun ugut saya macam tu," katanya ringkas.

Berbalik kepada persoalan yang dibangkitkan, warga maya meminta wanita berkenaan merujuk kepada pihak berkuasa agama bagi mendapat jawapan yang tepat.

Setiap pasangan suami isteri inginkan kebahagian hingga ke akhir hayat.- Gambar hiasan

Setiap pasangan suami isteri inginkan kebahagian hingga ke akhir hayat.- Gambar hiasan

"Jika was-was pergi pejabat agama tanya je. Kalau tak jatuh (talak) Alhamdulillah. Kalau jatuh kena rujuk semula," nasihat netizen.

"Main-main ugut, kemudian apabila bini sahut cabaran dah jadi was-was. Pergi la tanya mahkamah syariah untuk kepastian.

"Kunyit ni banyak maksud, kunyit masak, serbuk kunyit, kunyit gay.

"Lebih baik tanya pejabat agama tapi seingat saya, ustaz saya pernah cakap, walaupun main-main, ianya boleh jatuh talak," kata sebilangan warga maya lain.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain