SUDAH menjadi kelaziman bagi bakal pengantin untuk memastikan segala persiapan menjelang hari bahagia berjalan lancar.
Perkara penting yang perlu diberi perhatian tentulah soal pengurusan kewangan agar tidak terbeban di kemudian hari.
Begitu juga dengan dilema dihadapi seorang bakal pengantin wanita ini yang berkongsi kisahnya menjelang hari bahagia.
Kebanyakan bakal pengantin sering diuji dugaan sebelum majlis berlangsung. -Gambar hiasan
Menurutnya, dia berasa tertekan apabila kakak kepada bakal suaminya meminta mereka menaja sebanyak RM1,000 untuk membeli pakaian keluarga sebelah lelaki.
"Saya akan mengadakan majlis sanding dan bertandang sekali nanti dalam bulan Mei. Tapi ada la masalah sikit daripada pihak lelaki.
"Kakak dia (bakal suami) nak minta sponsor untuk beli baju famili belah dia," ujarnya dalam grup Tips Persiapan Kahwin di Facebook.
Jelas pengadu, segala perbelanjaan bagi menjayakan majlis ditanggung sepenuhnya oleh dia dan pasangan tanpa bantuan daripada keluarga.
ARTIKEL BERKAITAN: Mak suruh kahwin awal, remaja kini jual aiskrim tanggung anak... Suami di politeknik cuma balik tuntut nafkah batin
ARTIKEL BERKAITAN: Suami dingin seks, malu walau dah lama kahwin! Elak berlaga bahu isteri, apatah lagi mula dulu - “Bab batin dia kurang”
Tambahnya lagi sebagai bakal pengantin, dia dan pasangan sudah cukup terbeban dengan pelbagai kos yang perlu ditanggung dengan bajet yang terhad.
Hal tersebut membuatkan wanita ini merasakan permintaan yang dianggap tidak masuk akal itu membuatkan dia serba salah memikirkan kelancaran majlis.
"Kami sudah bersusah payah nak kumpul duit. Sudah kurangkan kos sebab di masa hadapan selepas nikah perlu guna banyak duit.
Tak payah layan, mengada-ngada betul... dia yang nak pakai tapi minta orang taja.
NETIZEN
"Semua bajet majlis daripada segi baju pengantin, emcee pun kami cari sendiri. Kami nak tolak permintaan kakak bakal suami tu. Bukan bermaksud kami ni berkira.
"Tapi semua pun tahu kan... kalau nak nikah ni kena guna duit yang banyak," jelasnya mengeluh mengharapkan isi hatinya difahami.
Hantaran dikongsikan wanita ini meraih pelbagai pendapat netizen.
Semestinya rata-rata warga maya tidak bersetuju dengan tindakan bakal kakak ipar pengadu kerana membuat permintaan sedemikian.
Komen warga maya di Facebook.
"Kakak pengantin lelaki yang buat permintaan, sis jangan layan. Itu belah dia, bagi bakal suami awak yang uruskan sama ada dia nak beri duit atau abaikan je.
"Tak payah layan, mengada-ngada betul. Dia yang nak pakai, minta orang taja. Memang tak ada common sense langsung. Kalau tak ada duit, pakai je apa yang ada.
"Belum nikah lagi sudah nampak perangai ipar macam mana. Bertabah la sis selepas kahwin nanti nak hadap perangai ipar-ipar," ujar netizen.