BAGI sesetengah orang, menggunakan khidmat ejen pelancongan adalah cara yang lebih mudah dan efisien untuk merancang percutian.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sibuk bekerja, memilih khidmat ejen pelancongan adalah langkah paling selamat agar rancangan percutian berjalan dengan lancar.
Namun begitu, kita juga diingatkan agar berwaspada memilih ejen pelancongan kerana dikhuatiri ia adalah sindiket penipuan untuk mengaut keuntungan dengan memperdaya klien.
Dalam satu hantaran di media sosial, seorang pelayar berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika berurusan dengan satu ejen pelancongan untuk mengatur percutian solonya ke Hatyai, Thailand.
Tangkap layar (screenshot) perbualan individu berkenaan dengan seorang ejen pelancongan.
"Maaf, tapi travel agent yang pushy (memaksa) ni sangat sus (mencurigakan) ya.
"Annoyed pula. Baru tanya sekali malam tadi, tak sampai sehari nak fikir," tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Dia turut memuat naik tangkap layar perbualan dengan ejen tersebut menerusi aplikasi WhatsApp.
ARTIKEL BERKAITAN: Ejen pandai-pandai 'booking' guna duit sendiri! Wanita buntu dipaksa bayar balik wang sebab tak jadi beli rumah, loan dah lulus
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ejen’ bantu carikan kerja di Singapura, letak syarat pelik bayar RM150 baru boleh bagi butiran lanjut pekerjaan
Menerusi perbualan tersebut, pelayar berkenaan memaklumkan dia mahu berfikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan muktamad.
"Seats cepat sold out sis. Jika sis nak pergi boleh booking dulu. Saya boleh bagi form details," demikian jawapan balas ejen berkenaan sebagaimana paparan mesej perbualan tersebut.
Tidak memberi sebarang jawapan, pelayar tersebut sekali lagi diganggu oleh ejen tersebut pada keesokan pagi.
Hati-hati kalau pushy sangat. Takut kena scam.
NETIZEN
"Salam sis. Hatyai jadi booking?," mesej ejen berkenaan, membuatkan pelayar tersebut berasa jengkel.
Perkongsian berkenaan mengundang reaksi yang bercampur daripada warga maya.
Sebahagian daripada netizen turut sependapat dengan pelayar berkenaan dan meragui sekiranya ejen tersebut cuba untuk melakukan penipuan.
Warga maya menasihatkan individu berkenaan supaya lebih berhati-hati.
"Hati-hati kalau pushy sangat. Takut kena scam.
"Annoying gila. Kalau macam ni terus saya block.
"Saya pernah dapat yang jenis call time maghrib, lepas tu dia cakap 'nak datang rumah borak-borak sikit'. Tak tahu nak bagi reaksi apa, bangang ke apa kacau orang sampai call call," komen netizen.
Dalam pada itu, ada yang beranggapan kemungkinan ejen tersebut kategori yang komited dan cuba mengejar sales.