MEMILIH pasangan yang berhati nurani merupakan satu keutamaan dalam membina rumah tangga.
Sekiranya tersilap mengahwini pasangan, seseorang itu berkemungkinan diselubungi aura negatif dan toksik sehingga mengundang sesalan seumur hidup.
Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita berkongsi detik mencemaskan apabila dia mendengar bunyi pergaduhan daripada rumah jirannya.
Sikap keprihatinan perlu diterapkan dalam kawasan kejiranan. -Gambar hiasan
Menurut wanita itu, difahamkan konflik berkenaan turut mengakibatkan kecederaan fizikal.
"Sumpah trauma. Saya terdengar lelaki dan perempuan bergaduh daripada rumah sebelah, lelaki tu pukul perempuan tu. Saya boleh dengar perempuan tu kena seret dan dibelasah.
"Saya dengar dia jerit sekuat-kuatnya meminta pertolongan. Saya nak keluar rumah untuk cuba tengok pun jadi takut teramat, saya sampai tak berani nak panggil polis.
ARTIKEL BERKAITAN: Didera batin setiap kali bersalin! Suami liwat, paksa ‘bersama’ tak peduli isteri sakit
ARTIKEL BERKAITAN: Suami larang ‘order’ air kosong, malu isteri hidap kencing manis... Balik rumah kena pukul jika ingkar
"Akhirnya saya telefon pihak pengurusan kondominium, minta mereka untuk pergi tengok keadaan perempuan tu. Saya tak pasti mereka dah berkahwin atau masih boyfriend dan girlfriend, tapi jangan la buat anak orang macam tu.
"Cuma saya sedikit hairan, kenapa perempuan tu tak lari dan selamatkan diri apabila laki dia dah menggila. Banyak persoalan yang tengah bermain di fikiran ni, rasa bersalah pun ada sebab saya tak keluar tolong lebih awal," ujarnya.
Sebab tu dalam hal ni kita kena rajin jaga tepi kain orang, risau sesuatu yang buruk terjadi.
WARGA MAYA
Melewati ke ruangan komen, warga maya tampil menceritakan kes keganasan rumah tangga yang hampir serupa dalam kalangan jiran tetangga masing-masing.
"Banyak sudah kes sebegini berlaku di Malaysia, jiran sebelah jadi saksi, sampai orang sekeliling yang mengalami gangguan emosi. Aku pernah dengar suami isteri gaduh sampai cakap... sampai hati kau pukul aku, bunuh je la aku ni.
Pelayar bertukar pandangan.
"Tapi masalahnya, esok pagi apabila aku berselisih dengan mereka, nampak bahagia je siap bergelak ketawa. Mungkin dah berbaik kot, tak pasti la yang semalam tu pergaduhan macam mana.
"Kalau kita yang dengar pun dah rasa takut, tak dapat bayangkan mereka yang sedang melaluinya. Sebab tu dalam hal ni kita kena rajin jaga tepi kain orang, risau sesuatu yang buruk terjadi. Lebih baik cegah sebelum terlambat.
"Kalau jiran sebelah dah mati, pasti kita menyesal tak sudah," demikian kata warga maya.