SUAMI sebagai ketua keluarga perlu bersabar dan berfikir secara waras dalam apa jua situasi.
Bagaimanapun, ujian demi ujian yang membadai rumah tangga boleh menyebabkan seorang suami bertindak di luar batasan.
Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita terkejut apabila terserempak ibu hamil duduk bersendirian di dalam sebuah pusat beli belah pada waktu malam.
Bantuan orang luar boleh membawa makna besar kepada seseorang yang dalam kesusahan. -Gambar hiasan
Menurut wanita itu, dia melihat si ibu berkenaan cuma bersendiri sambil mengesat air mata yang mengalir turun di pipi.
"Ketika kejadian, saya dengan suami singgah di sebuah mall, masa tu agak lewat, sekitar pukul 9 malam. Banyak vendor tengah tutup kedai di dalam pusat beli-belah tu.
"Pada mulanya kami tengok dari jauh je, kemudian suami suruh saya dekati perempuan tu dan tanya kalau ada perkara yang boleh dibantu. Apabila saya cuba tegur, dia cakap semua okay, tapi saya tahu dia sedang dilanda musibah.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dah lali suami curang... Siap bawa skandal balik rumah zina di segenap ruang, atas sofa pun jadi! Kini atur strategi nak cerai
ARTIKEL BERKAITAN: Berbelanja sakan demi ‘pasang badan’ lepas suami mengaku tergilakan bini orang - “Biar dia menyesal sampai mati”
"Saya teruskan pujuk, ibu tu mula buka cerita. Rupanya dia hamil lapan bulan, dia penat sebab suaminya kuat marah. Berkecai hati tengok perempuan mengandung duduk seorang diri dekat luar pada waktu malam, saya terus peluk dia.
"Saya faham perasaan dia sebab saya pun tengah berbadan dua. Kepada para suami, janganlah ego dan keras hati dengan isteri, awak tu ketua keluarga, sepatutnya berlembut hati. Tergamak sungguh tinggal isteri macam tu," ujarnya kesal.
Melewati ke ruangan komen, warga maya berpandangan wanita mengandung cenderung beremosi dan seorang suami perlu bijak untuk menanganinya.
Kalian kena faham daripada sisi lelaki juga, suami pun manusia biasa, kesabarannya bukan tahap malaikat.
WARGA MAYA
"Wanita hamil memang emosi kurang stabil, macam saya, suami pernah tinggikan suara sebab telinga saya susah nak tangkap apa dia cakap, itu pun saya dah terasa hati. Saya ingat dia tengking saya, padahal telinga saya yang bermasalah.
"Kehidupan sebagai suami kena banyak berkorban, itu belum kalau ada anak lagi. Tak boleh semua nak menangkan dekat lelaki je, anak dengan isteri lagi memerlukan perhatian dan kasih sayang.
Pelayar bertukar pandangan.
"Takutnya nak berkahwin kalau begini, semoga kita semua dijauhkan daripada lelaki yang mementingkan diri. Tak perlu mendirikan rumah tangga kalau diri tu masih belum matang.
"Kalian kena faham daripada sisi lelaki juga, mungkin suami tu terbeban dengan pelbagai tanggungjawab, komitmen kerja lagi. Isteri pula tak bagi kerjasama, suami pun manusia biasa, kesabarannya bukan tahap malaikat," demikian antara komen netizen.