suria

Haid teratur tapi minta MC sebulan 2 kali sebab senggugut! Doktor tahu pesakit cuba menipu, menangis jika disoal lebih-lebih

Segelintir individu sanggup menipu demi mendapatkan sijil cuti sakit. -Gambar hiasan

ALASAN senggugut sememangnya sangat popular digunakan oleh golongan wanita untuk meminta cuti sakit (MC) di klinik.

Biarpun cuba mereka-reka cerita, namun doktor yang berpengalaman biasanya mampu mengesan penipuan tersebut berdasarkan aduan pesakit, malah tanpa perlu menjalankan pemeriksaan.

Berdepan situasi sama, seorang doktor berkongsi cerita mengenai pesakitnya yang memberikan alasan kurang logik ketika datang ke klinik untuk meminta cuti sakit.

"Hari ni penat gaduh dengan patient yang datang minta MC. Patient yang baru minggu lepas datang sebab period pain, hari ni datang lagi sebab period pain.

doc 2

Ada segelintir wanita diserang senggugut yang teruk sehingga terpaksa meminta cuti sakit. -Gambar hiasan

"Tapi bila tanya lanjut, dia cakap period dia teratur. Tak pernah datang lambat atau irregular.

"Bila beritahu dia sebelum ni dah datang sebab period pain, terus menangis cakap memang betul period pain dan sakit tak boleh kerja. Menangis dalam bilik consultation sebab nak MC," ceritanya dalam hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap MC walau tak sakit, rakan sekerja kena 'cover' kerja... Ini patut anda buat kalau betul-betul nak cuti

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih telefon klinik persoal MC staf, HR kena hamun dengan doktor! Betul-betul demam disuruh masuk ofis juga

Tambah doktor tersebut, bukan setakat alasan yang diberi begitu meragukan, tetapi kehadiran pesakit yang sama dalam tempoh dua minggu berturut-turut secara tidak langsung menguatkan lagi tekaan bahawa pesakit itu berkemungkinan tidak bercakap benar.

"Logik ke kalau minggu lepas period hari pertama dan minggu ni period hari pertama lagi. Tapi cakap period teratur, tak pernah lewat atau cepat. Dia lupa kot minggu lepas dia jumpa saya untuk period pain juga.

"Patient maybe lupa bila diaorang tipu doktor. Tapi doktor akan ingat lagi-lagi familiar face yang selalu datang ambil MC," tulisnya lagi.

Bila asyik datang for period pain dan disarankan jumpa O&G untuk pemeriksaan lanjut, tak nak pula.

NETIZEN

Menjengah ruangan komen, ada dalam kalangan doktor turut berkongsi ragam pesakit masing-masing yang dikesan cuba menipu demi mendapatkan cuti sakit.

Malah menurut mereka, taktik sedemikian lebih mudah dikesan apabila tibanya perayaan tertentu, yang mana ada individu mahu melanjutkan cuti.

komen MC

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Dia tak tahu sakit period ni kalau berlarutan kena refer dengan O&G. Janganlah guna alasan ni kalau nak menipu, sebab doktor akan rule out sakit tu supaya rawatan yang sesuai dibagi.

"Bila asyik datang for period pain dan disarankan jumpa O&G untuk pemeriksaan lanjut, tak nak pula.. Susah la, tak ada masa la. Takkan asyik nak MC je.

"Nak menipu tak pandai betul. Bukan saya nak galakkan untuk menipu tapi agak-agaklah kan," demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain