suria

Staf ‘intern’ tersilap beramah mesra, tanya soalan kurang cerdik kepada akak senior belum jumpa jodoh

Seseorang perlu mengetahui batasan terutama apabila bercakap mengenai isu peribadi. -Gambar hiasa

TIDAK dinafikan, setiap individu mempunyai perancangan masa depan berbeza sama ada dalam konteks matlamat hidup, cita-cita dan sebagainya.

Ada yang merancang untuk mengejar kejayaan dalam kerjaya, membina keluarga atau mengejar kebahagiaan peribadi pada sasaran usia tertentu.

Bagaimanapun, tidak semua perancangan akan berjalan lancar seperti yang direncanakan dan kita tidak perlu membuat perbandingan kerana rezeki serta 'bahagian' setiap orang tidak sama.

Sebagai contoh, perihal jodoh yang sering menjadi topik perbualan khususnya dalam kalangan orang sekeliling, sebagaimana kisah yang dikongsikan wanita ini.

kahwin 2 new

Ada segelintir individu yang terlalu memikirkan soal jodoh sehingga menganggap ia adalah pencapaian peribadi. -Gambar hiasan

"Ada seorang budak intern dekat tempat kerja bertanya, 'apa perasaan akak bila dah masuk 30-an? Saya yang 22 tahun ni rasa banyak benda yang saya belum achieve. Ya la, akak kan belum kahwin, umur makin meningkat. Alah, it's like macam, bila dah 30, you should have some achievement'.

"Aku sambung gelak lagi, then aku beritahu dia, achievement tak semestinya datang daripada marital status, sayang. Also, tak semestinya datang dari material stuff," tulisnya dalam satu hantaran di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Penemuduga terkejut calon kerja Gen Z terlalu berani, mesej di WhatsApp minta pinjam RM1,500 - “Saya bukan kawan dia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Budak mentah, tak ada adab!” - Wakil syarikat bengang Gen Z ‘lenggang kangkung’ datang temu duga, tak bawa dokumen lengkap

Tidak melatah dengan pertanyaan tersebut, wanita berkenaan terus memberikan pandangannya agar isu jodoh tidak wajar dilihat dari konteks yang 'sempit' apabila ia dikaitkan dengan pencapaian hidup seseorang.

"Jika hidup saya lebih baik berbanding lima tahun yang lalu, maka saya dah mencapai sesuatu. Kamu tahu apa yang paling bernilai?

Pusing-pusing masih anggap kahwin achievement hidup. Kahwin bukan pencapaian ya.

NETIZEN

"Bila akak dah tak compare life akak dengan orang lain. Sebab Allah dah tetapkan rezeki masing-masing," kongsinya lagi, mengimbas kembali kata-katanya dengan individu tersebut.

Menjengah ruangan komen, warga maya rata-ratanya tampil menyokong tindakan dan pandangan wanita berkenaan kerana mampu 'menyedarkan' segelintir individu yang meletakkan perkahwinan sebagai pencapaian penting dalam hidup.

KOMEN INTERN

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Pusing-pusing masih anggap kahwin achievement hidup. Kahwin bukan pencapaian ya. Target hidup kita pun kan berbeza

"Budak-budak nowadays banyak overthinking... seriously.

"Henti bandingkan hidup anda dengan orang lain. Itu semua agenda media sosial. Generasi Z ramai sangat FOMO (fear of missing out) yang saya jumpa. Tak salahkan diaorang tapi itulah side effects media sosial.

"Hidup ni bukan perlumbaan tapi perjalanan... nikmatilah," demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain