SETIAP individu mempunyai hak untuk bergaya dengan fesyen pilihan atau kegemaran sendiri.
Apa yang penting, fesyen tersebut tidak melampaui batas atau mencolok mata orang yang melihatnya.
Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita mengimbas kembali satu pantang larang di pejabat lamanya yang dianggap sebagai tidak masuk akal.
Persekitaran toksik di pejabat boleh menyebabkan rasa stres. -Gambar hiasan
Menurut wanita itu, dia diminta oleh pihak atasan untuk tidak memakai rantai emas ketika waktu bekerja kerana risau menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakan sekerja.
"Teringat pengalaman dekat pejabat lama dulu, ada seorang staf senior ni tegur saya, dia cakap jangan pakai rantai emas waktu di tempat kerja sebab takut staf lain iri hati. Budaya di situ pun tak menggalakkan pemakaian barang kemas.
"Untuk makluman semua, saya bekerja menghadap komputer je, tak melibatkan apa-apa prosedur keselamatan pun. Saya balas semula dekat akak tu, saya kalau boleh nak teruskan pakai rantai emas ni sebab ia pemberian mak saya.
ARTIKEL BERKAITAN: Setiap hari menangis atas motosikal... Pekerja baharu anxiety dibuli, makcik senior cuma ada STPM tergugat akademik lebih tinggi
ARTIKEL BERKAITAN: ”Tak sangka dia ada hati sebegini” - Peniaga dapat ‘surat berpaku’ dari Alor Setar, percaya kenalan rapat punya kerja
"Tapi dia bermati-matian pujuk saya supaya tak pakai rantai tu, katanya untuk kebaikan saya juga. Cuma yang saya sedikit ralat, saya nampak akak tu sendiri boleh pula pakai gelang dan cincin emas bagai nak rak.
"Disebabkan tak mahu timbul konflik, saya tanggalkan rantai emas yang saya pakai tu dan simpan," cerita wanita berkenaan.
Nampak sangat busuk hati akak tu, nak dia punya je yang paling hebat
WARGA MAYA
Kira-kira sebulan selepas bekerja di situ, wanita tersebut masih berasa musykil dan cuba membongkar kewajaran di sebalik larangan terbabit.
"Selepas saya siasat, ada rakan sepejabat lain beritahu yang staf senior tu memang bermasalah. Rupanya dia tak boleh tengok orang lain lebih daripada diri dia, itu sebab dia asyik halang semua orang pakai barang kemas.
"Bukanlah atas faktor keselamatan atau sebab lain yang kukuh, angkara dengki je sebenarnya. Sejak dari tu, aku pakai semula rantai emas aku tu, lantaklah akak tu nak cakap apa," katanya mengakhiri bicara.
Pelayar bertukar pandangan.
Melewati ke ruangan komen, warga maya tidak menyangka perkara remeh seperti itu boleh menjadi satu isu besar.
"Apa yang susah sangat, kalau rasa rantai emas awak tu cantik, beli je la yang sama. Akak tu mesti banyak duit, dah bertimbun koleksi barang kemas dia. Tak perlu sampai suruh orang lain tanggalkan.
"Nampak sangat busuk hati akak tu, nak dia punya je yang paling hebat," demikian kata warga maya.