suria

Suami ‘anak mak’ suka berkepit dengan ibu! Isteri hamil usung perut tunggang motosikal pergi kerja, berpantang sendiri

Suami perlu seimbang dalam menjalankan tanggungjawab terhadap isteri dan ibu. -Gambar hiasan

SUDAH terlalu ramai isteri meluahkan rasa kecewa apabila mendapat suami yang melebihkan ibunya hampir dalam semua perkara.

Alasan yang sering digunakan adalah, anak lelaki bertanggungjawab menjaga ibunya sampai mati tanpa menyedari mereka telah mengabaikan keperluan anak dan isteri.

Begitulah nasib wanita ini yang terpaksa berdikari menunggang motosikal pergi dan balik kerja dalam keadaan diri sarat hamil.

Katanya, sikap suami yang melebih-lebihkan ibunya membuatkan dia terpaksa menguruskan anak-anak, bayi dalam kandungan dan perihal rumah tangga bersendirian.

Wanita ini kecewa terpaksa mengharungi kehamilan dan tempoh berpantang sendirian. - Gambar hiasan

Seorang wanita kecewa terpaksa mengharungi tempoh kehamilan dan berpantang sendirian. -Gambar hiasan

“Masa dimiliki suami lebih banyak dihabiskan bersama ibunya berbanding anak dan isteri.

“Boleh sayang mak, tak pernah larang. Tapi sampai isteri terpaksa berdikari, semua buat sendiri, bawa perut pergi kerja ulang alik naik motosikal.

“Allah, beratnya ujian seorang isteri. Susah kan kalau isteri jadi pilihan kedua. Apa-apa utamakan ibunya,” luah wanita ini kecewa.

Kongsinya lagi, apabila dia menegur sikap suami, lelaki berkenaan tidak dapat menerimanya malah dirinya pula dimarahi.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak peduli emosi isteri hamil, rumah jadi ‘port’ lepak dengan kawan... Kena bebel terus nak jatuh talak!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tergores hati, suami terus terang pilih utamakan adik-beradik... Beri alasan jika bercerai terus tiada kaitan

Tambah wanita ini, dia memberi teguran dengan harapan suaminya sedar akan tanggungjawabnya terhadap keluarga dan berubah ke arah lebih positif.

“Bila dimarahi, dia (suami) marah kita semula. Tak apalah, semoga doa isteri teraniaya ini termakbul.

“Semoga dia (suami) berubah suatu hari nanti,” ujar wanita ini sambil menambah, dia masih bertahan kerana memikirkan keperluan anak-anaknya.

Lebih teruk lagi, gara-gara sikap suami dia juga terpaksa berpantang sendirian tanpa bantuan lelaki berkenaan.

Suami hanya teman untuk periksa anak di KK (Klinik Kesihatan). Lepas tu dia balik rumah mak dia.

ISTERI

“Berpantang pun sendiri. Makin sedih kalau ingat. Suami hanya teman untuk periksa anak di KK (Klinik Kesihatan). Lepas tu dia balik rumah mak dia,” jelasnya.

Kesedihan dialami wanita ini turut dirasai oleh netizen dengan rata-rata mendoakan dirinya dan memberikan kata-kata semangat.

Ada juga yang mencadangkan agar wanita ini dapat berbincang dengan suami secara damai.

“Jangan marah suami, cuba pujuk. Lelaki perangai macam budak-budak lambat matang

Suam isteri perlu sama-sama berusaha untuk mencapai kebahagiaan dalam rumah tangga. - Gambar hiasan

Suami isteri perlu sama-sama berusaha mencapai kebahagiaan dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

“Tak apa awak. Nanti anak awak layan awak macam permaisuri. Macam anak saya, siap kopek kulit rambutan tanpa disuruh, angkat baju untuk mak dia, kalau pergi kedai tu tak bagi mak pegang barang.

“Kalau saya jadi ibu saya halau anak saya balik rumah isteri. Saya selalu pesan pada anak lelaki kalau tak bersedia nak berkahwin jangan susahkan anak dara orang.

“Asam garam perkahwinan, sebaiknya bawa suami jumpa kaunselor supaya suami sedar dalam pembahagian tanggungjawab.

“Salahkan didikan, sepatutnya mak tegur anaknya bila nampak berlebihan masa di rumah mak. Semoga isteri sabar menghadapi ujian ni

“Saya salahkan anaknya, nak berkepit dengan mak ada had. Isteri tu dah jadi keutamaan. Kadang kita ni tak cemburu pun dengan mak, tapi pandang-pandang juga isteri tu,” antara komen warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain