suria

Pergi kenduri, wanita terkedu dihina gemuk oleh individu tak dikenali - “Makcik mulut puaka is real”

Dihina individu lain apatah lagi yang tak dikenali sangat menyakitkan hati. -Gambar hiasan

BERAT dan saiz badan merupakan perkara paling sentitif buat wanita kerana ia sering dikaitkan dengan persepsi masyarakat tentang kecantikan.

Mereka boleh berasa tertekan dan hilang keyakinan diri hingga ada yang sanggup berkurung di dalam rumah kerana malu dengan bentuk fizikal.

Seorang wanita yang berbadan gempal berkongsi kisah bagaimana dia disindir oleh seorang makcik di sebuah majlis perkahwinan.

Berat badan adalah sesuatu yang sentitif buat para wanita. - Gambar hiasan

Berat badan adalah perkara sentitif buat wanita. -Gambar hiasan

Apa yang membuatkan dia lebih bengang, sindiran itu dibuat oleh individu yang langsung tidak dikenalinya.

"Sambil tengah salam ada makcik ni tegur saya dan suami 'besar bini kamu ni, orang perempuan kena jaga badan tak boleh besar-besar nanti laki lari'.

"Aku macam apa hal ni, pertama kali jumpa makcik ni. Tiba-tiba cakap saya besar dan siap suruh jaga badan. Bukan kenal pun nak cakap macam tu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun tak jumpa bukannya nak tanya khabar, tubuh gemuk yang ditegur! Wanita baru lepas bersalin terkilan sikap kawan lama

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gempal berjaya kurus lepas dihina, puas hati kini penghina pula stres sebab gemuk - "Badan dia makin kepam, mengembang"

Jelas wanita itu, sepanjang hayatnya menghadiri majlis perkahwinan, ini kali pertama dia dihina seperti itu oleh orang tidak dikenalinya.

"Makcik mulut 'puaka' is real. Tak penah lagi pergi kenduri berdepan dengan orang yang macam ni.

Maaf la aku nak hormat hanya kerana kau lebih tua.

NETIZEN

"Masalahnya ini pertama kali jumpa dia ni, terus nak body shaming macamlah dah kenal lama. Dekat depan-depan orang pula tu," katanya.

Perkongsiannya itu ternyata mengundang rasa geram dalam kalangan netizen yang menyarankan supaya mulut makcik berkenaan 'dicili'.

Reaksi netizen

Reaksi netizen

"Saya kalau kena macam ni kena, saya memang sekolahkan makcik tu seround dua.

"Dia kurang ajar dulu dengan kita, maaf la aku nak hormat hanya kerana kau lebih tua," kata seorang warga maya.

"Aku pernah juga kena banyak kali dengan seorang minah ni, tiap kali jumpa, amboi kak gemuk hang, aku sound setepek, aku gemuk ada la anak lima orang.

"Hang tak tengok cermin ka, gemuk, beranak belum lagi, nanti lepas beranak macam mana la agaknya, terus dia diam. Puas hati aku," kata seorang wanita.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain