BAGI yang aktif di media sosial, mereka pasti tahu apa sahaja 'trend' baharu yang menjadi kegilaan dan ikutan ramai.
Kali ini, timbul pula teknologi yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) untuk mengubah gambar menjadi video pelbagai aksi.
Paling mengejutkan, ada individu turut menyunting gambarnya di pentas konvokesyen sehingga ia kelihatan seperti video aksi kungfu.
Antara video kungfu janaan AI yang dikongsi di TikTok.
Trend video sama turut dibuat oleh ramai pasangan suami isteri, seolah-olah menunjukkan mereka seperti sedang bergaduh.
Susulan itu, pendakwah dan penulis, Ustaz Angah Sunan tampil menegur trend berkenaan yang disifatkannya seperti kurang beradab.
"Di TikTok sekarang, tular effect visual kungfu Shaolin. Gambar kita dijana oleh AI TikTok, lalu orang dalam gambar itu macam real bergerak dan berkungfu level naik kaki bagai.
Yang follow trend ini, tak berapa sihat mana. Gurauan itu ada batasnya.
USTAZ ANGAH SUNAN
PENDAKWAH
"Kemudian ramailah buat, gambar ambil scroll di majlis konvo, tiba-tiba berkungfu dengan Timbalan Naib Canselor atau seumpama. Laki bini berkungfu. Orang yang waras tak buat video begitu kerana kurang adabnya.
"Tambahan lagi orang dalam gambar itu adalah orang terhormat seperti ibu, bapa, suami, isteri dan guru-guru kita. Yang follow trend ini, tak berapa sihat mana. Gurauan itu ada batasnya," tulisnya.
Dia berkongsi teguran itu menerusi Facebook dan TikTok.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda minta ChatGPT pura-pura jadi arwah ibu, ajak ‘berbual’ lepas rindu... Jawapan balas buat ramai sebak, perbualan nampak ‘real’
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bimbang AI, ChatGPT ‘ancam’ otak manusia... Semakin hari rasa bodoh dan malas!
Di ruangan komen, ramai yang menyambut baik teguran itu dan berharap netizen di negara ini tidak terlalu mengikut trend sehingga mengabaikan adab sopan.
Namun, ada juga yang tidak bersetuju kerana beranggapan ia hanyalah gurauan sahaja.
"Yang time konvo tu, harap pihak universiti ambil tindakan, mencemarkan istiadat.
Ramai beranggapan video ini tidak beradab dan mencemarkan istiadat konvokesyen.
"Yang memalukan lagi gambar sedang akad nikah dibuat aksi kungfu. Pengantin naik kaki ke pak imam tu.
"Semalam aku tengok pengantin buat AI kungfu. Kain pengantin perempuan tu terselak.
"Sekadar hiburan, semua nak ambil serius ni kenapa?" tulis netizen.