KELUARGA yang tidak bahagia sering menghadapi pelbagai konflik yang mampu menjejaskan hubungan dan akhirnya berlaku pecah belah.
Ketegangan, tekanan dalam keluarga yang berpecah belah juga boleh memberi kesan negatif kepada anak-anak.
Begitu situasi dialami seorang wanita yang mengakui pedihnya dibesarkan dalam keluarga yang porak peranda.
Perselisihan faham boleh mengakibatkan hubungan suami isteri retak. -Gambar hiasan
"Mak ayah selalu bergaduh dan akhirnya anak yang kena," katanya memulakan penceritaan kisah hidupnya.
Katanya, disebabkan ingin lari dari masalah keluarga dia tekad untuk berkahwin di usia muda.
"Bila kahwin aku duduk berjauhan sebab masih belajar dan bila habis belajar aku sudah anak satu," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dilahirkan tak sah taraf, suami maki ‘anak haram’ setiap kali gaduh! Keluarga mentua sama naik mencaci
ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi curang lagi, wanita nekad cerai selepas bersalin... Remuk hati dapat tahu penyondol beri nama anak
Namun kebahagiaan yang dicari menjadi sebaliknya, apabila suaminya berlaku curang.
"Pada mulanya aku tiada bukti sampaikan orang kata aku gila.
"Allah beri jalan dan buka jalan untuk aku, aku dapat semua bukti, setitik pun air mata tak keluar bila dapat bukti," katanya.
Trauma masa kecil berlarutan sampai sekarang, bila berjauhan tahu-tahu suami curang.
IBU TUNGGAL
Wanita itu mengakui dia dan suami mengambil keputusan bercerai dan kembali kepada keluarga apabila tamat tempoh idah.
"Aku kerja tapi duduk sebumbung dengan mak ayah. Ada saja yang tak kena walau kau sebagai anak dah buat yang terbaik.
"Aku dah buat yang terbaik semasa aku jadi isteri dan sebagai anak, aku cuba jadi yang terbaik tapi aku pun ada kelemahan," katanya.
Bercerita mengenai rutinnya, pada awal pagi dia akan menguruskan anak, pergi ke pejabat, menjemput anak dan mengemas pakaian.
Pada hujung minggu dia mengemas rumah, memasak dan melakukan kerja-kerja lain sehingga kepenatan.
Anak adalah sumber kekuatan ibu bapa. -Gambar hiasan
Jelasnya, walaupun tidak dihargai serta hidup menderita, dia tetap gagah dan kuat demi anak.
"Entahlah nak buat macam mana nak jadi anak yang terbaik? Tak boleh berbunyi langsung terus orang sebut title janda.
"Trauma masa kecil berlarutan sampai sekarang ditambah pula dari berjauhan tahu-tahu suami curang selepas lima, enam bulan berkahwin," katanya.
Perkongsian wanita itu mendapat perhatian netizen yang mendoakannya agar terus kuat demi anak.
"Ada sebab awak kahwin dan ada anak. Sebab Allah tahu awak tak mampu nak hadap semua ni sorang-sorang.
"Anak tu penguat awak, moga kuat. Kalau ada rezeki pindah rumah tau. Lebih baik berdua dari anak membesar dalam persekitaran toksik
"Kalau boleh segera keluar daripada rumah. Demi anak. Jangan bagi anak lalui benda yang sama awak dah lalui," demikian antara nasihat netizen.