suria

Wanita geram 2 staf pasar raya bagi alasan paling biadab tak tolong isi barang dalam beg, rancak kutuk pelanggan lain

Juruwang sentiasa berdepan dengan pelbagai jenis pelanggan. -Gambar hiasan

KUNJUNGAN seorang individu ke sebuah pasar raya berakhir dengan sakit hati hati gara-gara sikap biadab pekerjanya.

Pengalaman itu dilalui seorang pelanggan ketika berdepan dengan dua juruwang wanita semasa hendak membayar barang-barang yang dibelinya di kaunter pembayaran.

Dalam situasi sibuk ketika itu, dia tidak menjangka mendengar kedua-dua mereka masih sempat memburukkan pelanggan lain yang datang ke premis tersebut.

Pembayaran secara tunai masih lagi dilakukan di kaunter pasar raya. -Gambar hiasan

"Saya tengah menggigil tangan sebab geram sangat. Boleh pula juruwang kat pasar raya tu biarkan saya letak barang-barang sendiri dalam beg sambil mereka berdua berdiri situ tengok aku dan mengumpat pelanggan sebelumnya.

"Sanggup eh? Saya belum bayar tau, sengaja lambat-lambat buat sebab saya nak tengok dia tolong atau tak. Memang mereka tak tolong," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Bercerita lanjut, insiden yang berlaku di sebuah pasar raya di selatan tanah air itu mencetuskan kemarahannya kerana pekerja tersebut tanpa segan silu atau rasa bersalah mengumpat mengenai pelanggan sebelumnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dibayar jadi cashier, bukan isi barang” - Sikap biadab juruwang undang padah, pelanggan wanita ini balas jawapan ‘padu’

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas ‘scan’ terus campak! Suami isteri hilang sabar hadap juruwang ‘moody’, sempat bagi ‘sepatah dua kata’ sebelum beredar

"Mereka masih mengumpat pelanggan, depan pelanggan juga. Bila I tegur, Memang SOP (prosedur operasi standard) you tak tolong pelanggan masukkan dalam beg eh?

"Dia jawab 'Memanglah'. Memang lah? Yang lagi seorang (jurujual) bagi alasan lain, 'Kadang-kadang pelanggan tak suka kita tolong. Mereka nak buat sendiri'," katanya mengimbas kembali jawapan balas daripada kedua-dua pekerja pasar raya tersebut.

Kerja tak ikhlas, dok mengumpat pelanggan yang datang dan 'bayar' gaji awak.

PELANGGAN WANITA

Menurut wanita itu, dia boleh menerima alasan jurujual kedua kerana faham terdapat pelanggan yang lebih selesa memasukkan sendiri barang-barang yang dibeli dalam beg.

Namun apa yang dipersoalkannya adalah kedua-dua juruwang di pasar raya itu bukan sahaja memburukkan pelanggan, tetapi langsung tidak menawarkan bantuan kepadanya ketika berurusan di kaunter.

Pasar raya menjadi tumpuan orang ramai membeli barang keperluan. -Gambar hiasan

"Saya faham, tapi sekurang-kurangnya tanyalah. Bukan berdiri kat depan aku sambil mengumpat burukkan pelanggan depan pelanggan lain!

"Aku dengan bawa budak-budak kecil lagi. Saya harap kau kena buang kerja tak lama lagi. Buanglah tudung tu, kerja tak ikhlas, dok mengumpat pelanggan yang datang dan 'bayar' gaji awak," katanya.

Dia juga mengakui tidak dapat mengawal perasaan marah disebabkan sikap juruwang di pasar raya itu yang disifatkan sebagai keterlaluan.

"Saya tegur secara rasional tapi cara dia jawab tu buat saya marah. Jadi, saya cakap okay. Saya terus diam sebab saya ada masalah untuk kawal kemarahan dengan orang yang tak ada common sense.

"Memang khidmat pelanggan yang sangat teruk. Kalau ya pun nak nengumpat, clear kan barang saya cepat-cepat.

"Bila saya dah balik (beredar), mengumpatlah di situ sampai lebam," katanya lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain