suria

Pemilik kafe buntu pelanggan lepak berjam-jam, ‘nikmati’ sepuasnya WiFi dan elektrik percuma - “Pesan air putih, croissant je”

Pemilik kafe meminta pandangan umum tentang pelanggan yang duduk berjam-jam di kafe dengan memesan air kosong. -Gambar hiasan

BUDAYA kerja secara bebas atau fleksibel semakin diamalkan pada masa kini.

Keadah tidak perlu bekerja di pejabat ini sekali gus menjadikan kafe-kafe menjadi lokasi alternatif kerana suasananya yang tenang, lengkap dengan kemudahan kerusi dan meja, 'aircond' serta internet percuma.

Namun sikap segelintir individu yang gemar menghabiskan masa berjam-jam lamanya di kafe pilihan mereka akan membuatkan pemilik berasa kurang senang .

Seperti perkongsian seorang pemilik kafe, dia berdepan dengan situasi sulit apabila ada pelanggan datang ke kafenya hanya memesan air kosong dan croissant kosong.

Pengusaha kafe mengharapkan pelanggan untuk tidak mengambil kesempatan atas keselesaan disediakan.

Pengusaha kafe berharap pelanggan tidak mengambil kesempatan atas kemudahan disediakan. -Gambar hiasan

Berbekalkan dua menu tersebut, dia menghabiskan masa hampir lima jam di situ sambil menggunakan soket elektrik dan internet percuma.

“Ada tak mana-mana pemilik kafe turut melalui situasi sama? Pelanggan masuk pesan air putih dan croissant kosong je.

“Duduk lama sampai empat hingga lima jam. Siap pakai plug point (soket elektrik) dan WiFi. Bagaimana anda menghadapinya?” luah pemilik kafe berkenaan.

Menurut pemilik kafe ini lagi, dia terbuka dengan trend masa kini di mana kebanyakan individu suka melepak di kafe sambil melakukan kerja-kerja pejabat menggunakan telefon atau komputer riba.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki berjam-jam lepak di kafe tak beli apa-apa... Rupanya nak WiFi, kantoi tengok video lucah

ARTIKEL BERKAITAN: Memang seronok dapat lepak di kafe tetapi jangan pula lakukan 5 perkara ini!

Bagaimanapun, dia tidak setuju jika ada pelanggan sengaja mengambil kesempatan terhadap kemudahan-kemudahan yang disediakan secara percuma.

Dia turut menegur pelanggan yang datang ke kafe dengan meletakan barang-barang di atas dua meja dan ada juga membuat panggilan video dengan cuara yang kuat.

“Saya okay dengan apa sahaja yang dipesan pelanggan kerana ia juga rezeki buat pengusaha kafe.

“Cuma, saya tidak mahu pelanggan ambil kesempatan. Sebagai contoh, letak barang-barang atas dua meja. Lepas tu, buka video call kuat.

Ada yang siap tukar pampers anak, menyusukan anak dan anak dia (pelanggan) conteng sofa. Saya lagi suka pelanggan selesa.

PEMILIK KAFE

“Lepas tu, stay dari pagi sampai closing tapi cuma pesan air kosong sahaja. Nanti ramai yang ikut macam ni,” luahnya.

Jelasnya, sebagai pemilik kafe dia sedar pelanggan mempunyai banyak ragam termasuklah yang suka lepak lama di kafe.

“Ada ramai pelanggan yang datang lepak lama. Tapi mereka pesan sekurang-kurangnya lebih daripada satu minuman.

“Saya tak kisah langsung. Malah, ada yang siap tukar pampers anak, menyusukan anak dan anak dia conteng sofa. Saya lagi suka pelanggan selesa,” ujarnya.

Perkongsian wanita ini mendapat perhatian warganet terutama dalam kalangan mereka yang suka melakukan kerja di kafe pilihan.

Keselesaan kafe dengan kemudahan seperti WiFi percuma menjadi lokasi terbaik untuk lepak. - Gambar hiasan

Keselesaan kafe dengan kemudahan seperti WiFi percuma menjadi lokasi terbaik untuk melepak. -Gambar hiasan

“Sebagai pelanggan, saya tertanya juga kehadiran saya mengganggu pemilik kafe. Saya tidak menggunakan WiFi percuma, cuma suka duduk. Order kopi dan kek atau aiskrim. Saya mewarna di kafe sebab vibe kafe. Dalam dua tiga jam macam tu.

“Saya selalu lepak di kafe berjam-jam buat kerja dan pesan latte saja. Saya hargai jika kafe dapat beritahu awal-awal seperti poster, papan kenyataan atau beritahu secara terus.

“Buat sistem WiFi, pelanggan beli sesuatu baharu dapat kata laluan dan ada had masa penggunaan. Dah habis had tu, kalau nak kata laluan baharu kena beli minuman atau buat pesanan baharu.

“Di Korea, pelayan akan dekati di meja untuk mengingatkan pelanggan masa dua jam bakal tamat dan wajib untuk buat pesanan baharu, jika tidak diaorang suruh keluar dari kafe," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain