suria

Sibuk gulung tali pancing, bapa abai anak kecil menangis ketika berkelah... Langsung tak toleh, kail lagi penting!

Selain aktiviti memancing, masa turut diluangkan bersama anak-anak. -Gambar hiasan

KETIKA ramai suami isteri hidup bahagia bersama anak-anak, ada pasangan lain yang sedang berjuang untuk mendapatkan zuriat (TTC).

Bagi kelompok itu, selain sabar dan doa sudah pasti pelbagai cara sanggup dilakukan bagi memastikan rumah tangga mereka tidak lagi sunyi tanpa anak.

Bagi seorang wanita, dia akur perkahwinannya bersama suami masih belum dikurniakan cahaya mata.

Aktiviti memancing semakin mendapat perhatian masyarakat. -Gambar hiasan

Berkongsi cerita berkaitan perihal anak, dia dan suami bersama rakan-rakan pergi berkelah dan melakukan aktiviti memancing sempena cuti sambutan Tahun Baharu Cina, Januari lalu.

"Ada tiga keluarga termasuk aku. Famili pertama ada tiga anak dan suami dia walaupun sibuk memancing, kerenah anak dia layankan je.

"Famili kedua, aku dan suami, yang masih belum ada rezeki anak. Jadi, kami santai berdua dan keluarga ketiga pula ada dua anak. Tapi famili ni aku agak kesal tengok sikap suaminya," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah suka ke ‘mall’ selamba tinggal anak di taman permainan ‘indoor’, biarkan perut kosong - “4 jam dia sendirian”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dipandang serong hantar anak ke taska, tak boleh terima alasan nak relaks... Ramai melenting, geng mak-mak pun boleh ‘burnout’

Tambah wanita itu, dia tergamam melihat sikap salah seorang rakan suaminya yang tidak mempedulikan anak-anak sebaliknya hanya memberi tumpuan kepada aktiviti memancing.

"Isteri keluarga ketiga ni pergi ke tandas dan tinggal dua anaknya yang tidur dekat suaminya. Dia pesan minta tolong tengokkan anak.

"Si suami yang sedang memancing mengeyakan saja. Aku perhati je, anaknya masih tidur di kawasan berkelah. Tiba-tiba, anaknya terjaga dan menangis panggil mak.

Kalau nanti Allah beri rezeki anak tapi perangai awak macam kawan awak tadi, kat situ juga saya ambil pancing tu campak dalam tasik.

ISTERI

"Tapi bapa budak tu sibuk gulung pancing yang tak ada ikan sangkut pun. Dia tak toleh langsung kat anak, dan anaknya berpusing-pusing berlari cari maknya," ujarnya tanpa mendedahkan usia kanak-kanak berkenaan.

Bersimpati melihat anak kecil yang mencari ibunya, dia cuba mendukung kanak-kanak itu bagi menenangkannya.

Seorang bapa menegur anaknya. -Gambar hiasan

"Aku dukung tapi anaknya tak nak. Aku bagi kat bapanya, bapanya dukung tapi sekejap je. Lepas tu sibuk dengan pancing yang tak ada ikan sangkut pun.

"Lepas bapanya letak anak di bawah, anaknya berlari-lari cari maknya. Agak jauh dan aku yang risau sebab bapanya langsung tak kejar.

"Aku kejar budak tu, dukung bawa balik ke tempat berkelah. Dalam hati aku dah panas rasanya. Nasib lepas dua minit, maknya dah balik dari tandas," tambahnya.

Pulang ke rumah, kejadian yang dilihat di depan matanya itu masih terngiang-ngiang dalam fikirannya mengenangkan sikap seorang bapa yang tidak bertanggungjawab.

Apatah lagi dia dan suaminya masih menanti dan mengharapkan kehadiran anak dalam rumah tangga mereka.

"Balik rumah aku terus tegur suami, kalau nanti Allah beri rezeki anak dekat kita tapi perangai awak macam kawan awak tadi, kat situ juga saya ambil pancing tu campak dalam tasik tu.

"Jangan buat pasal, jangan buat perangai macam tu. Tiba-tiba suami sendiri yang kena marah," katanya lagi meluahkan perasaan.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain