SUAMI atau isteri yang curang sanggup melakukan apa sahaja untuk menyembunyikan hubungan mereka daripada dihidu pasangan masing-masing.
Jika hubungan terlarang itu terbongkar sekali pun, mereka akan mencipta pelbagai alasan palsu dengan harapan pasangan akan terus mempercayai kesetiaan mereka.
Situasi itulah yang berlaku kepada seorang wanita yang suaminya menggunakan aplikasi jual beli dalam talian untuk berhubung dengan kekasih gelap.
Kehadiran orang ketiga boleh merosakkan rumah tangga. - Gambar hiasan
Lebih memburukkan keadaan, wanita yang dicintai suaminya itu adalah rakan sekerja yang berstatus isteri orang.
"Mereka jadikan ruangan mesej jual beli untuk bermadu asmara apabila di rumah masing-masing.
"Jadi kerap la nampak suami asyik buka aplikasi tu tapi bila intai suami buat-buat lihat barang-barang dalam tu," kongsinya di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Suara suami terketar-ketar terjah bini dekat pondok polis, dakwa curang dengan anggota penguat kuasa
ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak tinggal solat, pandai jaga nafkah batin akhirnya kantoi curang! Isteri cekal hati, rela tolong meminang asalkan jujur
Katanya, rahsia itu terbongkar apabila suatu pagi dia tergerak hati mahu membuka telefon suami dan ternampak aplikasi berkenaan.
"Di ruangan sembang itu ada satu ID pelik dengan mesejnya macam sedang bercinta, berkasih sayang. Bila ditanya pucat lesi mukannya.
"Dia cuba rampas telefon tapi tak dapat, lepas tu dia pergi ke dapur dan ambil pisau acah nak bunuh diri tetapi bila suruh dia buat tak berani," katanya.
Wahai bini orang dan laki orang tolong jangan ikutkan nafsu kerana syaitan memang menyokong perbuatan berzina.
ISTERI TERLUKA
Tambahnya, suami kemudian memberi alasan tidak mengenali wanita berkenaan dan memberitahu dia berasal dari Sabah.
Apabila disuruh bersumpah atas al-Quran, suaminya melakukannya bagi mendapatkan kepercayaan isteri.
"Telefon tu kemudian dicampak ke dinding, suami cepat padam mesej dengan perempuan tu, bila minta password Carousell dia cakap lupa.
"Empat hari juga saya mencari password dan akhirnya dapat akses semula. Luluhnya hati bila tengok ruangan chat rupanya mereka satu pejabat," katanya.
Berlaku jujur adalah salah satu rahsia rumah tangga harmoni. -Gambar hiasan
Dia kemudian mahu bertemu wanita berkenaan di pejabat tetapi dilarang suaminya.
Bagaimanapun lelaki itu akur apabila si isteri mengugut ingin melaporkan kepada bahagian sumber manusia.
"Bila jumpa dia menangis kesal, katanya dia berlaku curang sebab ada masalah dengan suaminya. Dia kata tiada niat dan tak sayang suami saya.
"Jadi dua-dua kena tarbiah. Bila ada kesempatan, yang si perempuan cerita masalah rumah tangga maka itulah detik permulaan keakraban mereka.
"Jadi wahai bini orang dan laki orang tolong jangan ikutkan nafsu kerana syaitan iblis memang menyokong perbuatan berzina dan apatah lagi runtuhnya masjid setiap pasangan yang dah berkahwin," katanya.
Dia bagaimanapun tidak menceritakan lebih lanjut sama ada masih bersama suaminya atau sudah bercerai.